August 26, 2014

ALAHAI OMAK DEN

Assalamualaikum.

Ni antara perbualan antara aku dan emak dalam lebih kurang 5 minit lepas.

Aku: Mak, raya haji nanti nak gi krabi.
Mak: Krabi kat mana?
Aku: kat thailand
Mak: uitm?
Aku: Thailand, mak..
Mak: oo, leh la kirim barang camtu?
Aku: ha? Kirim pe? (Dlm hati, barang apa yg mak nak kirim kat sana)
Mak: nanti la cerita. Kalau ada duitnya.
Aku: mak nak kirim pe?
Mak: kain.
Aku: ha?? Mak, krabi tu mcm langkawi. Mana ada org jual kain.
Mak: oo,yg kain murah2 tu myanmar eh?
Aku: entah. Vietnam kot.
Mak: hmm,xpela. Pegi elok2.

Alahai emak aku....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

April 27, 2014

JODOH

Assalamualaikum.

Ramai tanya kenapa Almy sanggup terima Fizz balik setelah apa yang berlaku. Well, aku cuma cakap 'aku paham apa yang Almy rasa'. Yes, aku tak kenal dia, and dia pun tak kenal aku. But I can understand what she has been through.

Jodoh itu rahsia Allah. Siapa yang tahu? Tak de siapa boleh lawan takdir. Well, selamat pengantin baru. Semoga kekal bahagia sehingga syurga firdausi. Amin.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

March 17, 2014

ALARM BODY CLOCK

Assalamualaikum.

Start last week, alarm body aku kejut pukul 4 pagi. 4 in the morning yo! Entah apa la yang banyak sangat aku pikir, tak dapat dikesan. Terjaga, then boleh je sambung tido. Tapi,pelik la jugak. Mungkin Allah kejut aku suruh buat tahajud, tapi aku sedap je tarik selimut. Ish!

Tu je nak cite. Bye!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

March 10, 2014

TIRED

Assalamualaikum.

Straight to the point, I'm tired of waiting. When it seems to be close to the climax, still there's something up. Hmm. Bukan mengeluh, bukan mengalah. Allah knows the best. No doubt. Mungkin kekhilafan aku dalam menunaikan suruhanNya buat ada limitasi dalam aku menikmati rahmatNya. Wallahualam.

As for now, let's pray for MH370 to be back safe and sound to Malaysia. To the passenger's and crew's families, be strong.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

February 8, 2014

BOREDOM

Assalamualaikum.

Pernah dengar kata-kata ni?

"Orang yang membosankan adalah orang yang selalu merasa bosan"

THAT'S SO ME!

Sekian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

October 25, 2013

FIRST EXPERIENCE:JAKUN?

Assalamualaikum.

Nak dikisahkan, aku baru naik flight 3 kali. Ye, 3 je. Dr Johor ke Pulau Pinang. Haruslah AirAsia, sebab MAS kena transit in KL which means lg lambat aku sampai. Ngeh! Ok, first time aku nak naik hujan. Flight petang yang biasanya aku naik delayed. Luckily aku memang ambik flight malam pukul 8. Aku dah beratur kat gate baru flight petang terbang. Alhamdulillah, tak perlu tunggu lama2.

Ok, kembali ke cerita asal aku. Dijadikan cerita, hujan petang tu. So, aku risau jugak flight akan delay. First time jugak masuk flight guna terowong direct. Selalu kena jalan pi kat plane. Ok, cukuplah kejakunan sangat di sini. 

Mula2 ok je. Perjalanan macam biasa. Otak aku ni terlalu aktif. Kebetulannya, baru2 ni ada kes flight terhempas. So, terbayang2 berita tu. To calm down, I tried to sleep but it's always failed! Sebelah aku minah saleh dari mana tak tau. Depa mai satu team ramai2 mai holiday kot. Dah hampir sampai tu, aku terperasan kilat kat luar. My hot spot always sebelah tingkap punya. Then, tiba2 kapal bergegar. OH MY! Setakat langgar awan tu aku dah biasa. Butang panik pun tak terangsang.

Ini gegaran yang badan aku duk goyang kiri kanan. Masa tu rasa cam nak jerit pun ada. Dah la sorang2, first time experience this thing. Tak boleh nak pastikan berapa lama keadaan tu. Minah saleh sebelah aku dah senyum gelak2 dengan kawan dia. Aku cuba senyum untuk kurangkan panik. Kepala rasa sakit sangat sebab aku baru nak baik dari selsema. Rasa nak pecah dahi aku bila pressure udara kat atas menekan. Sampai lah dah nak landing pun aku boleh nampak sayap kapal tu stil goyang2, means kapal tak berapa nak stabil. Pelik sekejap.

Alhamdulillah, went through all this. Selamat landing, selamat sampai. Tapi bab kepala sakit tu memang tak boleh nak tolong. Berapa hari jugak la nak hilang. A lil bit phobia I think. Ambik masa sikit untuk berani naik flight balik. Huhu. Yeah, shame on me. Kus semangat!

October 18, 2013

HOME

Assalamualaikum.

Am going home. Enough said.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

October 13, 2013

#READING

Assalamualaikum.

Sambungan pembacaan. Ya, mungkin sedikit lewat tapi masih mampu untuk membacanya. Memoir Bukan Memoir hasil nukilan Pekin Ibrahim. Seperti yang korang kenal, dia seorang pelakon, yang mempunyai bakat tersendiri. Oh, aku baru mula membaca kisah hidup dia. So, belum ada komen apa-apa. Nak tau? Mari membaca!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

October 5, 2013

#READING

Assalamualaikum.

Sedang membaca 'Bogel Menuju Tuhan' hasil karya saudara Zahiril Adzim. Kata-kata yg mudah tp maksud mendalam di sebaliknya. Masih mencuba mencerna makna kata, makna ayat. Membuka minda, meluaskan pandangan. Sbb itu orang kata, banyakkan membaca. Tambha ilmu, tambah pengetahuan. Ok, paham tak paham? Okfinebye!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

October 3, 2013

FRUSTRATED

Assalamualaikum.

Angan-angan tinggal impian. Musnah dlm sekerlipan mata. Mimpi indah utk peluk cium bumbum dgn baby musnah. Sangat frust. Rindu tak tertanggung. Rindu tahap mengalir air di empangan mata.

FRUST!

SEDIH!

RINDU....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

September 24, 2013

RAJUK

Assalamualaikum.

Ikutkan rajuk di hati, mau saja ditepis segala yang datang. Bangkitkan keegoan menentang segala pujuk rayu. Biar menjadi peringatan agar tidak berulang. Namun, manusia disifatkan begitu. Perlu memahami dan difahami. Perlu tolak ansur dan menghormati. Perbezaan bukan untuk dicakari, tapi untuk dimengerti. Agar persamaan sentiasa dihargai. Selamat malam cinta.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

September 11, 2013

BUZZ

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, setelah seharian bumi Penang dibasahi hujan, hari ni kami jumpa matahari. Tapi yg jadi tak best sebab jumpa traffic jam. Blur! Tak paham. Punch card merah pertama utk bulan ni. Aigoo.

Minggu rileks sebab keje tak banyak, padahal semua keje tertangguh nak kena siapkan. Baiklah, berusaha lagi. Semoga berkat rezeki yg diterima. Amin. Mendoakan kesejahteraan semua yg membaca.

P/s tak de motif punya post. Pun boleh.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

August 31, 2013

MY MIRROR

Assalamualaikum.

For what had happened,
For what I've been through,
For what I've done to you,
For what we have discussed last night,
All I can say is,
Just listen to this song and it will tells you how I feel.

Deep from the bottom of my heart, I am truly sorry coz I am always be the bitch, ruin our relation.
Didn't mean to make you hurt, but I am always trying to be the one.

For YOU


Remember this!
I was in love you, I am always loving you and I will love you till the end.
InsyaAllah.

'Cause I don't wanna lose you now
I'm looking right at the other half of me
The vacancy that sat in my heart
Is a space that now you hold
Show me how to fight for now 
And I'll tell you, baby, it was easy
Coming back into you once I figured it out
You were right here all along
It's like you're my mirror
My mirror staring back at me
I couldn't get any bigger
With anyone else beside of me
And now it's clear as this promise
That we're making two reflections into one
'Cause it's like you're my mirror
My mirror staring back at me, staring back at me

Now you're the inspiration for this precious song
And I just wanna see your face light up since you put me on
So now I say goodbye to the old me, it's already gone
And I can't wait wait wait wait wait to get you home
Just to let you know, you are
You are you are the love of my life 


AM I?

Assalamualaikum.

Am I going back to my oldies?

Where my heart beats faster than normal.
Where my hands were shaking when I talked about you.
Where my mind was unstable thinking about you.
Where my body didn't follow the signal from my brain.
When I'm being left alone in dark.

So sad.

Please, don't leave me :(
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

August 30, 2013

YOU.ME

Assalamualaikum.

I am not perfect.
Selalu ada ketidakpuasan hati.
Selalu rasa moody.
Selalu memberontak.
I just love to be alone.
Having my privacy time on my own.
Sampaikan tak bercakap dgn sesiapa.
Maaf telah mengguris hati kamu.
Maaf selalu menyusahkan hati kamu.
We're far apart.
But not our heart.
Keep faith.

August 25, 2013

DEAR YOU

Assalamualaikum.

Dear you,

I miss you.

Regards,
Me.

July 14, 2013

MENU RAMADHAN #5

Assalamualaikum.

Kita skip menu ramadhan ke 2, 3 dan 4 dulu ye. Aku share menu hari ke 5 dlu smntara ingatan masih kuat ni. Haha. Mengidam makanan johor adalah menjadi kebiasaan aku setelah bbrp bulan tak balik. So, aku ngidam mee bandung. Mmg tak pernah langsung amek tau resipi dia. Heh!

So, aku google resipi as usual. Tapi pagi td aku call mak, tanya resipi. Hah! Lain ko! So, aku decide untuk ikut resipi mak aku. Nasib baik brg ada. Sebenarnya mak aku suruh guna rencah siap tu je. Tp aku nak jugak rencah buat sendiri. So, here we go!

Bahan kisar:
bawang merah
bawang putih
serai
halia
udang kering
cili kering
(tp aku guna cili boh, so tak payah kisar dah)
Kisar dgn air rebusan daging

Mee kuning (dicelur dgn air panas)
1biji kentang (rebus dan lenyek)
1sudu besar sos tiram
Kacang tanah (goreng dan tumbuk lumat)
Daging (rebus dan potong kecil2)
udang (dikopek kulit)

1. Tumis bahan kisar dan cili boh (kalau dah kisar cili kering, tak payah cili boh). Jgn sampai terlalu garing.
2. Masukkan air rebusan daging. Kalau tak cukup tambah lagi air biasa.
3. Agak2 mendidih, masukkan garam, gula dan sos tiram. Kacau.
4. Masukkan kentang yang dh dilenyek utk pekatkan kuah.
5. Masukkan daging yg dah direbus dan udang.
6. Masukkan kacang tanah yg dh ditumbuk lumat. Kacau. Tunggu hingga mendidih.
7. Masukkan telur. Kalau tak nak telur pecah, jgn kacau. Bagi telur masak dulu baru kacau.

Siap!

Aku masak tadi dgn tak de keyakinan ttg rasa. Maklumlah puasa. Dengan izin Allah, alhamdulillah. Allah tlg aku. Alhamdulillah, housemate aku pun suka.

Kalau nak ganti kentang dgn keledek pun boleh. Or boleh guna tepung jagung jugak. Tu untuk pekatkan kuah je dan manis kentang or keledek tu rasa. Aku pun suka2 je tmbh sos tiram sbb dlm resipi yg aku google ada yg guna sos tiram. Tp kurangkan garam la kan.

Give it a try! Good luck! :)

July 13, 2013

MENU RAMADHAN #1

Assalamualaikum.

Selamat berpuasa uolls. Semoga dipermudahkan urusan kita utk melaksanakan ibadah sebanyak mungkin. Semoga setiap ibadah kita ikhlas dan diterima oleh Allah. Amin. Cemana puasa uolls? Alhamdulillah.

Ok, aku try post seringkas mungkin la ye. Sgt cliche la kan, orang share menu buka puasa, menu sahur. Biasa bro! So, aku pun join the session la. Ada aku kisah?

For first day puasa, aku masak untuk buka. Maaf la ye. Tak de menu hebat di sini. Almaklumlah, orang baru nak belajar masak. Menu harus la yang paling simple. 

Menu Satu: Udang Kung Pao

Udang (dibuang kulit, tinggalkan la ekor kiut tu)
1 Bawang merah (ditumbuk)
2 Bawang putih (ditumbuk)
cili padi (ditumbuk)
2cm Halia (ditumbuk)
3sb sos tiram
2sb sos cili
Sayur (ikut suke nak letak pe)

1. Tumis bawang merah, bawang putih, cili padi and halia yang dah ditumbuk sampai naik bau.
2. Masukkan sayur. Aku letak lobak merah and capsicum.
3. Agak2 lobak tu dh lembut sikit, masukkan udang.
4. Udang dh separuh masak, masukkan sos cili dgn sos tiram.
5. Masukkan air sikit dan tunggu sampai kuah dia likat.
Menu sebenar guna cili kering. Tp aku mmg tak de cili kering. So, aku tukar cili padi.
Siap!

Menu Dua: Telur Dadar Sosej

Telur ayam
Sosej
Bawang merah
Kiub pati ayam/ikan bilis (salah satu)
Garam
Air

1. Pukul telur, garam dan sedikit air (air tu nak bagi telur garing sikit)
2. Tumis bawang merah. Masukkan kiub pati ayam/ikan bilis.
3. Masukkan sosej yg dh dipotong ikut bentuk korang nak.
4. Masukkan telur.

Siap!

Seringkas habis la menu buka puasa ni. Hehe. Selamat telan air liur ye. (walaupun menu tak hebat)

June 10, 2013

FIKIR

Assalamualaikum.

Situasi A: Kemalangan ngeri
Bukan hendak membantu, malah berebut keluarkan telefon canggih memasing nk rekod, upload kot youtube, dpt ramai viewers. Kerumun kat kawasan kejadian, nak jadi saksi. Bukan membantu, malah meyusahkan pihak polis, ambulans nak lalu bagi bantuan. Happy? Bangga?

Situasi B: Perompak maut kena tembak
Sibuk duk kerumun org tu, rekod video, upload kot youtube lagi. Org tu dah nazak atau dah xde nafas, seboleh-bolehnya nak zoom kat muka dia. Ramai viewers, ramai bertanya. Bangga? Gembira?

Situasi C, D, E, F etc.

Aib manusia perlu dijaga.
Aib diri dilindungi sebaiknya.
Fikirkanlah perasaan keluarga mangsa.
Fikirkanlah masa depan anak kecil mereka.
Fikirkanlah kesedihan yang ditanggung.
Fikirkanlah cemuhan masyarakat yg bakal mereka hadapi.
Fikirkanlah kata-kata manusia yg perlu mereka dengari.
Salurkan semangat dan kata motivasi, bukan bangga berkongsi kisah kematian mereka.
Salurkan bantuan yg diperlukan, bukan berkongsi cerita yg tidak pasti.

Hanya pandangan kecil diri ni.
Fikirkanlah.

May 29, 2013

LELAKI

Assalamualaikum.

Meng'update' blog kt ofis ari ni. Mood mls tetap ada, mcm biasa la kan. Mood tgh swing tggu hari, camtu la. Ok, straight to the point. Khas utk para lelaki. Cek tengok jantina anda, confirm ke tak. Haha *lame joke*.

Korang kalau sewa rumah, mmg mesti ada sorang atau dua orang yg jenis tau perabih hak org tp xreti nak beli sndri eh? MESTI ADA ke tak semestinya? Aku cukup panas bile dengar benda ni. Dari ayah aku cerita dulu dia pun kena. Syukur Alhamdulillah aku okay je dgn housemates aku. Tak dak masalah.

Yang jenis ni aku pun xpaham. Dh ckp leklok sama cmtu gak. Dah la klu beli brg jenis ikut org. Org tu beli tu, lepas2 tu ko plak beli. Tu tak pe la. Bagus la. Yg aku tak pahamnya, pape org tu beli ko plak tukang makan, tukang minum. Tinggal sikit je utk org tu. BOLEH???? Kalau tak de makanan, tak de plak ko pandai nak beli. Org lain beli, ko plak sebok perabih!

Air masak kt rumah tu pun, kalau tak de tak reti nak masak. Sanggup tak minum. Kalau ada, dia la org pertama tlg perabih. Seriously, tak paham! Yang lagi aku tak paham, yg bekerja tu yang tukang perabih stok makanan student. BOLEH???????

Kdg2 aku angin jugak. Sbb aku beli utk dia buat stok makanan kt rumah. Student kn, tlg la sikit2. Eh? Org lain abiskan. Pantang ada makanan ada minuman, org tu la yg abiskan. 

Bukan nak berkira, bukan nak mengungkit. Tapi give n take la. Sama2 sewa rumah, sama2 la beli brg rumah. Kalau aku beli, then ko nak makan aku tak kisah. Tapi ko ada la jugak beli sama. Ko ingat, org tu mak ayah ko ke kena tanggung makan minum ko kat umah tu? Sabar je la aku.

Dari rumah sewa lama, sampai rumah sewa skrg, SI DIA kena camtu. Sbb tu tnya, mmg MESTI ada ke manusia jenis ni dlm rumah sewa lelaki?  Jgn kata lelaki je, perempuan pun ada. Ye, aku tau. Tapi, aku x mengalami masalh tu setakat ni. Syukur.

Sama-sama lah bertimbang rasa.