Showing posts with label my life. Show all posts
Showing posts with label my life. Show all posts

October 25, 2013

FIRST EXPERIENCE:JAKUN?

Assalamualaikum.

Nak dikisahkan, aku baru naik flight 3 kali. Ye, 3 je. Dr Johor ke Pulau Pinang. Haruslah AirAsia, sebab MAS kena transit in KL which means lg lambat aku sampai. Ngeh! Ok, first time aku nak naik hujan. Flight petang yang biasanya aku naik delayed. Luckily aku memang ambik flight malam pukul 8. Aku dah beratur kat gate baru flight petang terbang. Alhamdulillah, tak perlu tunggu lama2.

Ok, kembali ke cerita asal aku. Dijadikan cerita, hujan petang tu. So, aku risau jugak flight akan delay. First time jugak masuk flight guna terowong direct. Selalu kena jalan pi kat plane. Ok, cukuplah kejakunan sangat di sini. 

Mula2 ok je. Perjalanan macam biasa. Otak aku ni terlalu aktif. Kebetulannya, baru2 ni ada kes flight terhempas. So, terbayang2 berita tu. To calm down, I tried to sleep but it's always failed! Sebelah aku minah saleh dari mana tak tau. Depa mai satu team ramai2 mai holiday kot. Dah hampir sampai tu, aku terperasan kilat kat luar. My hot spot always sebelah tingkap punya. Then, tiba2 kapal bergegar. OH MY! Setakat langgar awan tu aku dah biasa. Butang panik pun tak terangsang.

Ini gegaran yang badan aku duk goyang kiri kanan. Masa tu rasa cam nak jerit pun ada. Dah la sorang2, first time experience this thing. Tak boleh nak pastikan berapa lama keadaan tu. Minah saleh sebelah aku dah senyum gelak2 dengan kawan dia. Aku cuba senyum untuk kurangkan panik. Kepala rasa sakit sangat sebab aku baru nak baik dari selsema. Rasa nak pecah dahi aku bila pressure udara kat atas menekan. Sampai lah dah nak landing pun aku boleh nampak sayap kapal tu stil goyang2, means kapal tak berapa nak stabil. Pelik sekejap.

Alhamdulillah, went through all this. Selamat landing, selamat sampai. Tapi bab kepala sakit tu memang tak boleh nak tolong. Berapa hari jugak la nak hilang. A lil bit phobia I think. Ambik masa sikit untuk berani naik flight balik. Huhu. Yeah, shame on me. Kus semangat!

March 19, 2013

UCAPAN KE 27

Assalamualaikum.

HAPPY 27TH BIRTHDAY TO THE LOVE OF MY LIFE.

Doaku sentiasa bersamamu,
semoga Allah sentiasa merahmatimu,
semoga amalanmu diterima,
semoga impianmu terlaksana,
semoga doamu termakbul,
semoga bahagiamu berkekalan,
semoga urusanmu dipermudahkan,
semoga jodohmu hingga ke syurga,

Teman,
semoga persahabatan ini berkekalan,
semoga kasih ini berpanjangan,
semoga sayang ini bercambah,
semoga cinta ini direstui dan diberkati,
semoga perhubungan ini dilindungi.

Sahabat,
budimu tak terbalas,
pengorbananmu tak terkira,
baktimu tak berpenghujung,
semoga balasanmu ditimbang.

Pasangan,
ku doa hubungan ini berkekalan,
ku harap kita melangkah ke destinasi seterusnya,
ku mohon kasih sayang kekal ke syurga.

February 14, 2013

CNY LUNCH

Assalamualaikum.

Alkisahnya, seperti yg diberitakan, adalah menjadi satu tradisi kaum cina utk meraikan pembukaan kembali bisnes mereka slps cuti raya . So, hari ni kami p celebrate kt Cititel Hotel Penang. CNY Buffet Lunch. RM50++ per person.

Oleh sbb ada lagi tradisi merekayg lain, masih ada yg bercuti. Jumlah kami semua pi 17 org. Seronok ramai2 ni even sepatah haram pun aku xpaham pe dorg ckp. *talk to my hand* Konon2 nak mkn byk, tp hadoo. Perut mengecut plak ari ni. Ish! rugi betul!

But, not so much choices la. Skali round je aku dh abis amek pe yg aku nk mkn. X macam mkn kt E & O dlu. 2 3 kali aku amek mknan. Ngeh! Maybe tu slh satu sbb jugak nape aku mkn ckit. *alasan diet* Makanan dia sedap, masih boleh diterima tekak aku yg cam piranha ni.

Erm, pe lagi nak cite. Oh! Dpt ang pow maa. Hihi. Boss aku bg. Sekali aku intai ada not 100. Wow! Terkejut gak aku. First time dpt duit raya byk tu. *jakun sat* Alhamdulillah, rezeki. Semoga bertambah murah rezeki bos, kwn2 n aku sekali. Amin.

Jom pi layan bunga api pulak! ^_^ Ye, tu je nak cite. Abis dah. 
-TAMAT-

February 12, 2013

FIRST TRIAL MASAK LEMAK CILI API

Assalamualaikum.

Excited bebenor ni. Haha. Siap masak je terus hadap laptop nak update cite. Haaa, Nampak x excitednya di situ? Nak sebar cite aku berjaya mencuba resipi ayam masak lemk cili api. Org negeri punya style. Meh nak cite meh.

First, tumbuk cili padi dgn kunyit hidup. Kt cni nak ditekankan, oleh sebab umah kami kekurangan bahan masak, aku ganti dgn kunyit serbuk. Tp aku tumbuk jugak skali dgn cili padi. Ikut suke korang la nk buh brp byk cili tu. Nak pedas, tambah lg 10biji. Tak nak pedas, kurangkanlah. Then, panaskan periuk dgn api sederhana. Masukkan cili yg dh ditumbuk, serai yg dh dititik dgn ayam yg dh dikerat n dh dibasuh. Tumis je sampai air ayam tu kering.

Kendian, masukkan santan cair. Biarkan sampai mendidih. Dah mendidih masukkan garam, gula and asam keping. Kat cni skali lagi aku ganti asam keping dgn asam jawa. Hahaha. Nampak tak betapa xlengkapnya bahan masak kt umah ni. Then, klu nak masukkan kentang, masukkan skali. Oh, jgn lupa masukkan jugak santan pekat. Then, kacau perlahan-lahan, biarkan smpai kentang empuk. 

Dah siap! Try la. Senang je rupanya masak lemak cili api ni. Aku je bru nk blaja masak. Kehkeh. Nampak tak kejakunan dan ke'excited'an aku kt situ?
tinggal tunggu kentang empuk je.. ^_^

Selamat mencuba! Jom p makan!

January 13, 2013

GIFT FOR MAN

Assalamualaikum.

Selamat hujung minggu. Setelah beberapa kali cuba menyatakan akan aktif kembali, akhirnya...... Ada gak coretan kt sini. Huahua. Maaf, karut je lebih. Nothing much. Still maintain cm dulu. Sekarang ni tgh cuba rajinkan diri kembali utk exercise. Dh sbln jugak la tinggal. Skrg dh start terjun pool balik. N InsyaAllah, kejap lagi nk p jogging plak. Even tgh panas membahang je ni, kena paksa diri jugak.

Satu isu yg tgh aku fikirkan, gift for men. Selalu serabut kalau tiba bab ni. Tak tau nk bg apa for their special day. Susah sgt, bg wish je. Kihkih. Kena start fikir sbb nak kena sediakan bajet. Even xdela bajet tu kena besar. Biar bajet kecik, tp sentimental value tu besar. Ececeh.

Thn pertama, aku wat surprise celebrate birthday party utk SI DIA. Jemputan khas kwn2 SI DIA, yg SI DIA x jangka dorg akan dtg. The best celebration ever dgn bantuan kwn2 aku. Thanks korang! Belanja makan ikan bakar then nak p karok full house plak. End up mandi tepung birthday boy kite. Gitu! Best sgt! Sbb surprise menjadi walaupun nyaris kantoi dgn SI DIA. Haha.

Thn kedua, aku xde bajet. Kebetulan SI DIA ada isu dgn handphone dia. So, aku bg pinjam phone aku yg aku baru beli bbrp bln sblm tu. End up aku ckp amek je la, anggap hadiah birthday. Sweet tak? *sila muntah kaler biru*

Thn ketiga aku bg jam tgn. Nampak sgt SI DIA happy. Malu-malu konon. Haktuih! Haha. Sampai skrg ada g jam tu tp dh rosak -_- Tunggu nk p repair je.

Thn lepas, kami p shopping. SI DIA nak jeans. Then kami p cari la. Tak jumpa. Last2 aku bg duit, SI DIA p beli kt Alor Star. Itu lah hadiahnya. 

Thn ni? Entahlah. Tgh fikir la ni. Any suggestion from u guys? Teringin nk wat surprise cm dulu tp kena plan baik punya. Sbb SI DIA mesti dh dpt pengajaran dr kes sblm ni. Haha. Wallet? No, aku xnak. Baju dh byk sgt aku bg. Kasut pn dh pernah belikan. Tak kan nk belikan kereta plak. Baik aku beli utk diri aku sndri. Heh!

Masih difikirkan what's best for his birthday this year. Tp aku tau. The best gift ever for him is.... ME!!! tak gitu? ^_^
Cenggini aci? Hiks!

December 14, 2012

BROKEN PROMISE

Assalamualaikum.
 
Salam Jumaat 14 Disember 2012.
 
6 months ago, when I started my working life I promised to myself to have a good and expensive meal once a month with SI DIA or just alone. At first, it worked!
 
Now, I'm having delicious meal once a week. Oh my! *sambil menaip perut berbunyi* Bukan saje dah lari bajet Disember ku, malah merosakkan dietku. Masak! RM150 left for my next 17 days before payday. Blergghh!
 
Bulan ni aku mkn Nando's and Jhonny's. Steamboat mmg aku dh mintak lama dh. Akhirnya, housemates tunaikan. Syg depa ketat2! Semalam, aku tension. Jawapannya, I need food! Gigih p Old Town sorang2. Mkn nasi lemak supreme. Kenyang! Puas hati!
 
Maybe dh tiba hari cuti utkku, sbb tu mood swing semacam. Nevermind! bab makan toksah berkira. katok kepala baru tau! Dah, nak g lunch! Jom p makan nasi campur! Bismillah.

September 19, 2012

SHORT LISTED UPDATE

Assalamualaikum.

Oh, giler lama x update blog *sambil tepis sawang* Punah! Nasib leh buka. Yang aku ingat start keje ni aku dh x update blog. Even via phone pn aku x update. Ngeh! Pemalas sungguh! Tak sempat la nyah. Mak busy. Muahaha. Ok2. Sorry la merepek pulek. 

Suppose aku kena update pasal raya, psl pertunangan n pasal hatyai.Soon k! Nak update psl Hatyai, tp gmbr xde dlm laptop ni plak. Ada dlm pendrive tp punyala pemalas nk cucuk pendrive tu. Haha. Tgk la mood aku esok kt ofis ke, eh, xleh la. Nak kena edit gmbr dulu noks!

Sabar ye! Coming soon aku punya update. See you!

May 25, 2012

BUDGET

Assalamualaikum.

Ehem! Baru nk rajin update kan. Korg xmrh kn. Ahaks! Mls nak wat mukadimah pjg, so trus masuk cite la ye. Stat keje tetap ni aku dh wat azam utk ikut bajet yg dh ditetapkan. Ada la utk simpanan masa depan, utk belanja, utk memanjakan diri, utk award diri sendiri. Salah satunya adalah mkn besar, yg sodap sekali sebulan. Kira utk award diri sendiri la kan.

Alkisahnya, my first gaji aku dh sogok kt SI DIA. Ngee~~ Nak wat camno. SI DIA yg dekat nak jumpa. *alasan* Kami dah tibai penuhkan perut dgn Pizza Hut. Alhamdulillah. Konyang den. Lepas tu kata nak jimat la. Mkn biasa2 je. 

1 Rejab bru lepas bbrp ari sudah. Rmai yg puasa kn? Termasuk la aku. Tp ni xnk cite psl 1 Rejab. Cite psl puasa 2 Rejab. Tgh syok buat keje kt ofis, *syok la sgt kan* teringin mkn KFC plop. Hekhek. SI DIA menghasut, 'pergi je la. nnti kempunan plak'. Oh, SI DIA berjaya. Ceh! Makanya, memang aku berbuka dgn Snack Plate la ye. Iklan jap. Since when Snack Plate KFC dh jd 10 hengget without tax ha?? Aku ketinggalan zaman ke?

Nak tambah perisa blackberry dlm cite aku ni. *blackberry? Silalah rasa. Haha* Tghari td, officemate ajak lunch sekali kt Old Town. Oh yeah! Seharusnya aku terima. Sbb bkn selalu. Kebetulan duit ada. Jalan je la. Old Town pun belakang ofis je. 

So, kira2 dah 3 kali mkn besar bulan ni. Oh man! Dh lari bajet. Camno nk kawen copat ni? *tersipu-sipu malu* Makanya, gaji bulan ni haruslah berhati-hati bila berbelanja. Mmg xmampu utk berjimat. Haha. Nasib baik aku dh xde gang kt sini. Kalau tak ujung minggu aku keluar n shopping. Wah! *sila muntah kuning*

Gaji next week. Yeay! Secret Recipe, I'm coming!!! Eh? \(*_*)/

May 13, 2012

CHANGED!

Assalamualaikum.

Sihat ye semuanya? Harap2 begitulah. Sekarang ni jadual aku dh berubah. Kalau dulu online 24/7 smpai lebam, smpai lappy ni pn bosan ngadap muka aku, smpai dh xtau nk buka website pe. Sekarang ni kena curi2 online time ofis hour. Kihkih. Sila jgn tiru ye! Even aku tau ramai je wat cm aku kn. Heh!

Nak menaip kt blog ni pun mcm malas je rasa. Xde cite, xde idea. Ada pun mmg ku mls. Haha. Awal pg pukul 7 dh kuar cari rezeki. Balik smpai umah dh pkul 8 mlm. Mmg xnmpk byg la nk online kn. Nak mkn, mandi, kmas2 ckit, iron baju. Tgk2 dh pkul 11mlm. Mata dh sepet. So, trus mimpi je la. 

Klu dating lg la. Balik trus mandi, kmas2 beg g keje esoknya, terus wish good night. Hehe. Ujung minggu harapan nk lepak pun x kesampaian lagi ni. Xde gang wooo. Nak harap aku kuar sorang? Boleh je. Aku gamble je jln sorang2. Tp pikir ujung minggu mesti ramai org kn, wat aku jd mls. Lain la klu ada gang aku on je. 

Pe aku merepek pun xtau. Xde cite best nk kongsi pun. Nti la, aku cari idea best share dgn korang ye. Take care kawan!

March 30, 2012

MIMPI: HAPPY ATAU NGERI??

Assalamualaikum.

Sihat ke? Rupanya dh nk hujung bulan Mac dah. X terasa pun masa berlalu. Rasa mcm byk masa aku dah sia-siakan, xmenghargai waktu dgn betul. Aku rasa aku manusia yg rugi. Lg dua hari nak masuk bln April. Aku dh plan sesuatu utk diri aku sndri. InsyaAllah, masa dpn aku akan aku rancang dgn sebaiknya. Walau masih samar lagi perancangan lpas ni, tp aku akn usahakn yg terbaik.

Cerita psl mimpi ni. Rasa dh kali ketiga aku mimpi topik yg sama. Minggu ni je dh 2 kali. Kali ketiga ni, aku rasa nk cerita plak kt cni. Mimpi pe? Psl kahwin. Ye, kahwin. Satu agenda yg belum ada dlm kamus hidup dan tak terlintas lagi dlm fikiran. Bukan menidakkan ketentuan, walau aku ada rasa cemburu melihat kawan-kawan seorang demi seorang menukar status. Aku sedar, jauh di sudut hati aku masih belum bersedia. Belum bersedia utk buka pintu hati, belum bersedia meletakkn kepercayaan, belum bersedia memikul tanggungjawab.  

Kali pertama aku mimpi, masa tu dh abis knduri kahwin. Waktu makan malam kedua-dua keluarga. Aku nmpk pelamin, rumah bersepah, mcm masa knduri akak aku ari tu. Kami mkn mlm bersama. Aku sibuk lyn anak sedara suami aku. 

Kali kedua, bbrapa hari lepas. Aku mimpi aku dh kawen. Dgn seseorg yg good looking, romantic, caring. Aku rasa bahagia sgt. Mmg happy sgt smpai aku terlajak tido. Masuk keje lmbat. -_-" 

Kali ketiga adalah mlm td. Actually aku rasa pg td. Huhu. Mak aku dh tetapkan tarikh kahwin aku! Walau aku belum rasa nak kahwin, tp mak aku ckp xkira. Buat kenduri tarikh tu jugak. Xtau nk gambarkan rasa cmne waktu tu. Yg pasti aku tak bersedia. n mcm kena paksa kawen pd tarikh tu jugak. Tarikhnya adalah bln ogos thn ni. Dan adik dia akan kahwin bln 10. Rasa cm perlu ke buat 2 kenduri sekali? Xsempat abis mimpi, dh terjaga. Sekali lagi, aku bgn lambat. -_-"

Aku xtau la ni mainan tido atau petunjuk Allah nk bg kt aku. Tp rezeki masih belum berpihak pd aku. So aku anggap tu hnya mainan tido. Mainan tido yg membuatkan aku masuk keje lmbat. So not good. Papepun, aku masih belum terpikir ke arah itu. 

Jom lyn ideo lagu ni. Baru dilancarkan pg td pkul 10am. Cinta Bersatu by Liyana Jasmay. Enjoy!

March 26, 2012

IKANSENDIRI

Assalamualaikum.

Sihat semuanya? No Monday Blues okengs. Kena semangat positif tiap-tiap ari. Bersyukur masih bernafas. Maksudnya kita ada peluang utk melakukan kesalahan dan ada juga peluang utk membetulkannya serta memperbaiki diri. Ewah! Bermadah jap pagi-pagi dah nk tghari ni. Kata positif. Kan?

IKANSENDIRI? Pe tu? Ikansendiri kalau translate p english jd SELFISH. Sekian, terima kasih. Haha. Betul la. Gabungan SELF+FISH. Kan jd sendiri ikan. Muahaha. Ok, x kelakar pun. -_-"

Mmg la kdg-kdg aku pn selfish juge. Ulang tayang, KDG-KDG je! Tp aku xphm dgn org yg sentiasa pentingkan diri ni. Besar sgt ke pangkat ko tu?! Hamboi! Ko sape?! Mak ai! Mati nanti kita semua sama taraf. So, sblm kena kt muka sndri, baik ko sedar diri. Aku plak jenis cpt mengalah, so aku layankan je la perangai x semenggah org pentingkan diri ni. Buku belum jumpa dgn ruas lagi. Satu hari Allah akan bg petunjuk dekat org yg jenis cmni. Amin.

Bukan nak doa yg xelok kt org lain. Tp jgn la terlalu pentingkan diri sendri dr semua segi. Ada situasi kita kena utamakan diri. Ye, aku tau tu. Tp klu buah limau sekotak tu, ko nak amek dulu, amek yg elok2 je, HAMBOI! Dah tau ada buah xelok, ko wat xtau je bia org lain amek. Kan?

So, org mcm ni kita xperlu sesakkan kepala. Kita yg berfikiran positif ni kena terus maju ke depan. Kalau dh ditegur pun xnk berubah, biakan mereka dgn dunia mereka. Satu hari nanti mereka akan sedar. 

Merepek ntah hape-hape je aku ni. Mesti korang pening baca kan. Abaikan. Bye!

March 21, 2012

SPM!!

Assalamualaikum.

What a lovely boring day. Mmg aku dh give up ni. Seriously. mmg terlalu ikutkan kata hati ni. Tp aku cm dh bulatkan tekad hati ni utk bungkus almari pos balik kg. Xpela, tggu masa je ni. 

Seperti diketahui umum, hari ni result SPM keluar. Adik aku slh sorg drpd mereka. Alhamdulillah, result dia ok. Cuma cm ada yg unexpected gak. Dia amek aliran sains tp paper sains dia suma ckup mkn je. Dah terbukti, drpd 7 org adik beradik aku, ni dh smpai yg ke-6 mmg sains xmasuk dlm jiwa kami. Haha. SPM amek sains, tp sambung belajar kos lain. Kami more to business and accounts. Ye, kami otak kira-kira punya, tp x kaya harta jua. Hekhek.

But, it's okay adik-adik. Wah! Jd ahkak jap. Ini satu permulaan utk korg tempuh dunia sbnr. Kalau sblm ni fokus korang hanya utk sekolah n enjoy korg pnya dunia remaja, skrg dh tiba masa utk korang kenal dunia realiti. Pengalaman cikgu terbaik utk mematangkan diri. Ececeh!

Dulu, masa amek result SPM, awal pagi aku dh kuar. Dh janji dgn my bestfren nak dtg awal, amek awal, blah awal. So, kwn2 xde yg tnya. Hihi. Disebabkan aku sklh asrama sbb tu la kena kuar rumah awal. Gigih naek bus, n sampai tatkala kwn2 yg lain bru nk bersiap. -_-"

Dah amek result, syukur Alhamdulillah. Result aku ok. Jangkaan aku mmg xlari byk la. Suma subjek berkenaan nombor aku score. Gooooolll!!!! Dh amek tu, tggu la kwn2 yg lum smpai. Bestfren aku ni sbb dia dtg dgn ayah dia so dia blah dulu. Aku plak yg gigih tggu kwn2 dtg sbb nk jmpa. ABG siap dtg sbb nk tau result aku. Hehe.

Mak aku dh pesan, dh amek result nnti msg suma pakcik n makcik aku. So, otw nak balik tu aku msg la pakciks n makciks aku. Aku igt g sorg pakcik aku reply, "Sbb dpt separuh A, Pak Nik wish separuh tahniah je la". Aku sengih sorg2 je baca msg tu. Kihkih.

Esoknya, ikut ayah aku g amek adik lelaki aku kt asrama Putrajaya. Pakcik aku dtg jugak. Bila abah bgtau result aku, dia ckp tahniah. Dia hulur duit 50hengget. Wow! Malu cheq! Tp terima kasih la ye. Huhu.

Sekarang, dh x excited nk amek result. Cuma debar nak tau lulus ke x, bkn debar nk tau brp A aku score. Kenapa? Sbb aku lalai dgn tggjwb aku as a student. Huhu. Ye, tu kesilapan aku sndri. Tp Alhamdulillah. skrg aku dh bergelar graduan sejak 6 bulan yg lalu. Masih menanti pekerjaan tetap. Doakan lah murah rezeki aku ye.

Later guys!

March 13, 2012

TELUR BUNGKUS CARA ORANG BARU BELAJAR MASAK!

Assalamualaikum.

Uwaaa. Rajin pulak kn aku hari ni. Update smpai 2 kali. Tebus balik sbb dh seminggu x ngedate. Eh? Update. Saje nk tyg kt korang hasil aku masak. Hua hua hua. *jauhi sifat riak ye*  Disebabkan kematu otak ni pikir mlm ni nk dinner apa, scra x langsung aku tnya SI DIA, any idea he wants me to cook. SI DIA bg cdgn msk telur sos, ala sweet sour tu. Tau kn? Aku xtu pe nama masakan tu. Hehe.

Scara tiba2 dgn sepantas kilat dtg idea nk try telur bistik a.k.a telur bungkus. Yummy! Aku terus google resipinya. Ops! Dah nama pun bru nak blaja msk kn, haruslah google. Kan? Hekhek. Aiyoo, Ada brg yg aku xde. So, aku gagahkan diri, gi mandi, tunaikan kewajipan dulu. Hehe. Sabar ye. Nak share la ni. Jgn gelojoh kawan2.

Disebabkan aku ni jenis msk utk aku sorang mkn, maka mestilah xbyk brg mentah kn. Ikut mulut sndri makan, asal kenyang sudah. Ok, mula2 aku msk nasi dulu. Yg ni aku xpnh fail. Mesti dgn jayanya aku msk. *angkat hidung* Ikutkan resipi sbnrnya lain. Korang google la resipi sbnrnya eh. Ni aku adjust ckit bhn2 ikut bhn2 yg aku ada. Ok, here they are.

Telur sejibik
Garam 
Bawang Merah
Bawang Putih
Cili Padi
Udang
Cendawan
Lada Benggala
Baby Lobak
Kacang Panjang
Sos Cili
Kicap
Kiub Ayam
Minyak adalah wajib!

Langkah 1: Panaskan minyak. Bila minyak dh panas, tumis bwg merah, bwg putih dgn cili padi yg dh dicincang halus. Korg ada lesung batu leh tumbuk kasi hancur la. Klu nk pedas tambah la cili lebih ckit. Oh, aku letak blackpepper ckit sje konon2 nk bg ada lebih rasa. Xtaula ada effect ke x. Hahaha.

Langkah 2: Masukkan sos cili, sedikit kicap dgn kiub ayam. Aku buh separuh je kiub tu. Kicap pn dlm 1 sudu je. Bg tambah rasa n kaler. Kacau bg dia sebati ckit. Masukkan air ckit.

Langkah 3: Masukkan lobak, lada benggala, kcg pjg yg dh dipotong kecik2 bg muat nk masuk mulut korg. Tunggu dlm seminit dua bg dia lmbut ckit supaya gigi korg xpatah bila mkn.

Langkah 4: Masukkan cendawan n udang yg dh potong kecik2 jugak. Senang nk kunyah. Klu cm pekat sgt korg leh tambah air lg. Ala, pandai2 la nk bajet.

Langkah 5: Dah siap! Heee. Angkat, letak tepi dulu. Masak telur plak.

Langkah 6: Pecahkan telur, buh garam. Pukul telur. Aku ada terbaca petua nk telur goreng yg sedap. Ada yg kata tmbh air ckit nk bg garing. Ada yg kata bila nk msk bru pecahkan telur. Jgn bg ia terdedah pd udara lama sgt. Nnti xsedap.

Langkah 7: Panaskan minyak. Masukkan telur. Msk la cm org nk wat nasi greg pattaya tu. Aku try buat tp xjd. Haha.Klu msk nasi pattaya org buh nasi kt tgh2 kn. Ni korg buh la bhn yg dh msk td kt tgh2. Then, bungkus.

Langkah 8: Siap utk dimakan. Nyum2!


Ni la rupanya pe yg aku msk td. Mcm aku ckp la, aku try wat telur tu nk bungkus tp xjd. So, aku buh je atas inti tu. Ngeh3. Gmbr last tu rupa inti dia yg dh separuh aku mkn. Leh thn la. Aku knyg je mkn. Klu bg kt org mmg aku ckp xsedap. *malu sbb xreti msk* Hihi. Td aku mkn dgn ikan bilis rangup punya. perghh! Mmg terangkat la. Xpandang kiri kanan dh. *puji diri sendiri. jgn lempang aku*

Ok, dh lebih had plak entry ni. Pjg sgt, korg pn bosan dh baca. So, selamat mencuba la ye. Dah cuba leh la share yg korang msk. Leh la aku tumpang rasa through picture. Eh?

February 19, 2012

SELINGAN

Assalamualaikum.

Setelah beberapa hari diam, ari ni still xde idea nak celoteh kt cni. Coz I know, no one will read this. It's ok. Tujuan aku buat blog ni utk buat luahan perasaan sbnrnya. Baru aku x tension sorg2. lama2 boleh giler wooo! *merepek*

Masih dlm misi pencarian. Dan aku dh nekad utk bhenti keje. Even masih belum dpt offer keje tetap, tp aku akn bhenti. Bkn mengeluh atau menolak rezeki Tuhan bagi. Aku cuma xnak tertekan dgn hidup aku. Keje dgn xde life, xde masa utk diri sendiri. Nak basuh baju pun kena buh btg mancis kt mata thn ngantuk *aku tipu*. Ni bilik x bermop dh sebulan dh. Stkt sapu habuk2 yg aku nmpk je. Habuk kt kipas belum dinyahkn lg. Silap2 ujung bln ke seploh nnti aku ada asma. Oh no! *melodrama berlebihan saje*

Pe aku nak buat lepas ni? Still thinking. Dpt duk lepak cm sblm ni best gak kn. Confirm kena bebel. Ngeh3. Ye, aku akan balik. Kemas brg, bungkus tanaman balik umah. Tu yg korg nak kn? Muak dgn soalan:

1) Nape keje jauh sgt? kt kg xde keje ke?

2) Ada degree tp nape keje kt sini?

3) Pergilah cari keje lain, apply je mana2

Derrr!! Dh 7 bulan aku abis blaja, keje ni je satu2nya yg offer aku tau! Mmg aku plan keje ni utk sementara. Bukan nk sehidup semati dgn keje ni. Hello! Degree x menjamin kejayaan seseorg. Tau? Aku blaja tinggi2 bukan utk bermegah dgn kepandaian aku. *pandai la sgt* Aku pun ada misi aku sndri. Nak tlg mak bapak aku. Klu aku nk mati dn keje ni, aku xheret laptop aku tiap ari g kedai. Tiap ari ngadap blog cari keje, ngadap jobstreet, jenjobs dan segala job. Dorg pun muak kena tenung tiap2 ari.

Ok, aku emosi sekejap. Tau, korg dh ada keje. Even dpt keje mak bapak tlg, org dlm tlg, kwn2 tlg. Aku? Tuhan belum nak bg rezeki kt aku lg. Inisiatif aku, bhenti keje. Eh? Bkn sbb tekanan dr korg, tp aku tertekan dgn keje yg xsebati dgn jiwa. Eceh!

Ok2, stop right here. Dr selingan jd luahan tekanan plak. Doakan la ye aku dpt berbakti utk ibu bapa aku. Amin.

February 8, 2012

AQIQAH

Assalamualaikum.

Baru kembali dr tempat asal ku. Org kata tempat jatuh lagikan dikenang, pe lagi tempat permainan. Ye idak? Ye la tu. Baru sampai pagi td, sempat tido jap, n now I'm working. Yes, I'm working. Komited sgt kan? Pdhal.....

Aku kembali utk meraikan My Baby, Harith Haziq. Oh, I miss him so much. Like I said, he is my 'bum bum'. First jumpa dia masih dlm buaian tgh tido. I was like, Oh my! Aku slh anak ke? Haha. He is a big boy now. Then, aku pn dengki la. Kejut dia bgn. Hekhek. Dia bdk baik, xde nk meragam. Xsempat ilang mamai dia tu, aku bawak turun bwh jumpa atuk dan neneknya. 

Lawaknya bdk ni, dia xmo kuar suara lgsung. Hampeh tul! Dh pandai termenung plak tu. My sis ckp dia pandai tahan ngantuk. Patut la dh waktu tido pun mata dia bulat je lagi. Rupanya dia termenung! Haha. Aku lambai2 dpn mata dia pun mata still terbukak, xberkelip. Somel la adik ni. Hehe.

Dah nak masuk maghrib, my sis bawak dia pegi mandi. As usual, aku dgn adik aku g menyibuk. Hehe. Pakaikan dia baju melayu. Oh my! So cutteee! Still, dgn mata bulat dia. Haha. Then, tugas aku la jaga dia smntra my sis n bro-in-law bersiap. Dah pandai meniarap sendiri, n dia xnk bersandar. So, minum susu pun aku dudukkan je la. Sanggup agkt kepala dia dr bersandar or baring. Nakal!

Alhamdulillah, dia xbyk ragam waktu majlis. Termenung spt biasa. Tergamam kot tgk org ramai sgt. He is a good boy, mestilah xmeragam kn? Smpai waktu aku nak balik pun dia still xtido. Dah salinkan baju sbb dia kuat berpeluh. Masam sgt adik neh! Sblm balik, aku gomol2 dia la cm biasa. Hehe. Rindu!! Mcm tau2 je kami nak balik, dia meraung2. Xtau la sbb kami nak balik or sbb suma gomol dia sdgkn dia dh mngntuk waktu tu. Hehe.

So, lyn la gmbr xseberapa ni. Jgn cilok ye!

Saje nak tunjuk hidung mahal dia tu :p

Ok, cukup la tu aku tunjuk. Xleh lebih2. Hehe. Till we meet again!

p/s please do not copy or take anything from this site without permission. TQ!

January 23, 2012

IT'S ALL ABOUT ME & YOU

Assalamualaikum.

Selamat Tahun Baru Cina! Happy Chinese New Year! May you have a prosperity year ahead. Be safe on the road and happy holiday for those who are off duty. Not me off course. -_-"

It's ok. Nak buka cite psl rowing. What is rowing? Go google it. Mls la nak terangkn. Sbb aku sndri xpndai nk explain kt org. Hekhek. Mmg xramai yg tau lg psl rowing ni. Mcm aku pnh kabarkn kt korg la kn. Tujuan aku bkn nak cite pe itu rowing. Cuma nak share, aku rindu team rowing aku. Sob sob. 

Giler rindu punya la. Sbb aku had fun join the team. Ye, pnglmn plg berharga sepjg sesi pengajian di universiti. Dlm byk2 game, aku plg seronok dgn team masa Asean Varsity Boat Race 2009. Don't know why. Maybe sbb smgt 1 pasukan. Mcm2 berlaku msa tu. Pahit, sedih, gembira suma kami harung sama2. Smgt 1 pasukan tu  lain mcm. Xsama mcm dlm game lain. Huhu. Mmg best! And i"ll never forget it!

If I have a chance to row again, I wanna do it with my A-Team. Odi, Jasmine, Siti n Nad. Ok, I'm not the rower. I'm just a coxswain. Hehe. It was so memorable with u guys! Pe ceritanya? Dlm bot punya cite dlm bot je. Naek atas abis cite. Kan? Hehe. Rindunya nak jerit2, nak mrh2 (even aku xgarang katanya), rindu nak hilang suara gak. Huhu.

It'll be remain in my heart forever n ever. Won't forget it. Thanks for the moment. Unforgettable memories. 

p/s please do not take or copy anything from this site without permission. TQ!

January 21, 2012

BUNTU


Assalamualaikum.

Dgr x background music tu? #Krak kruk krik krok krak# Dgr tak? Aku sorg je dgr kot. Angin monsun bergelodak dlm ruang kosong perut aku. Hekhek. Kebulur wey! Pg td x breakfast pun. Dah la masuk keje lambat. Haih! Tabiat ni jgn dicontohi ye kwn2. Oh, tabiat? No! Tebiat je. Sbb masa timing aku lari. Hikhik.

Nak dijadikan cerita, aku mengalami sindrom kebuntuan mencari kerja tetap. Bukan x mensyukuri rezeki yg ada skrg ni. Tp aku mengimpikan satu pekerjaan yg sesuai dgn jiwa dan raga. Ececeh. Sesuai jugak la dgn kelulusan aku. Mmg org kata jgn memilih. Skrg ni byk je keje kosong tp lg ramai yg menunggu utk di "hired'. Aku x memilih. Tp dlm mencari tu kena la fikirkan jugak persekitaran kerja, keselamatan, kemudahan dan mcm2 aspek. Ye tak? Ye kan? Kalau xslesa nak buat kerja xguna jugak. Confirm cukup 3 bulan aku cabut! *larikk*

Skrg ni aku buntu nak cari kerja kt mana lg. Takkn nk g tiap company tnya ada keje kosong ke tak. Bukan nak cri kerja biasa2 kna g tanya kan. Tiap ari aku ngadap Jobstreet, Mudah, laman sesawang yg menyenaraikan kerja kosong yg ada. Mmg ada, dan stlh disenarai pendekkn, ada yg aku apply. Tp xde jwpn smpai skrg. Almost 6 months I'm half jobless!

Mgkin ada kesilapan dlm borg permohonan aku. Nak kena cek balik cmni. Resume bagai nak kena update semula. Mmg aku sdg diupah utk bekerja. Hanya utk separuh masa sje even waktu kerja aku adalah mengikut waktu pejabat. 

Kwn2, nak mintak tlg. Meh baca doa ni sma2 k.

"Ya Allah, bukakanlah pintu rezeki insan ini seluasnya. Permudahkanlah jlnnya utk menjelajahi bumiMu dgn tenang dan ikhlas. Bantulah insan ini utk menerima rezekiMu supaya dia dpt beribadah dgn memberi bantuan kpd insan lain dan sujud kepada Mu. Juga kpd yg bersama2 berdoa, rahmatilah hidup mereka hingga ke akhir hayatnya. Amin"

Terima kasih kwn2! *hugs&kisses*

January 19, 2012

FREELANCE

Assalamualaikum.

Semoga sihat hendaknya pd hari ni ye. Mcm mana dgn aktiviti anda hari ini? Semuanya ok? Harap berjalan dgn lancar la ye. 

Oh, psl tajuk post ni. FREELANCE. Terpikir utk keje scra freelance sj. Sudah bosan dgn keje skrg ni. Duk melangut kt kedai tanpa customer, tanpa ada keje yg perlu dibuat dr check in hingga ke check out. Tanpa kerahan idea yg melampau. Tension dgn kebosanan je. Biasa la keje jd kuli ni kan. 

As I post before in my FB, aku offer nk jd freelance bridesmaid. Haha. Tp ni aku khususkan utk kawan2 yg aku kenal je la eh. Xkenal kang cm xbest plak. Ni bkn keje namanya. Sbb FOC. Hekhek. Sape ntah bgtau aku, aku xigt sape orgnya. Lepas kita jd bridesmaid 3 kali bru tiba giliran kita jd pengantin. Huhu. Tp jgn percaya sgt bnda ni tau! Hanya kata2 je tu. Aku bru sekali. Hehe.

Skrg ni aku buat keje sambilan buat hand made card utk goodies bag. Dah ada satu tempahan dr org terdekat. Sample dh ada. Cuma belum buat kata putus lg utk design dia. Still xde idea nak promote dlm blog mcmne. Sbb aku ni buta IT. Blog ni wat maen tepek je. Tu x santek mcm blog korg. -_-"

Sambil2 tompang kwn aku niaga teddybear, aku tompang niaga card aku ni. Alhamdulillah, ada jugak org sudi nak beli kad aku wat. Terharu mak, nyah! T_T Pe lagi. kata korg kwn yg supportive kan. So, silalah!


Utk link goodies bag card aku tu nnti aku bg ye. Bg aku masa utk renovate blog tu. Haih! Kena berusaha keras ni nak hias blog. Sape leh tlg? -_-"

Keep on supporting us! Thank you in advance!

p/s please do not take or copy anything from this site without permission. TQ!

January 16, 2012

HARI KE 16

Assalamualaikum.

Selamat pagi! Erk? Selamat tengahari! Sarapan ke dak pg td? Don't skip your breakfast ok! It's important. To keep you stay healthy and maintain your weight. Aiseh! Byk plak merapu aku ni. Xde pe nak update setakat ni. Hanya utk memenuhi kata2 aku yg nak keep update blog ni kan. Even xde sape nk baca. Kihkihkih.

Rasa cm nak tukar wajah baru blog ni. Tp aku ni biasa la kan. Xreti2 nak hias blog ni. Maen tgkp muat je. Sape nak buatkan aku for free? Xde? Ok. Aku buat sndri la nnti bila free and rajin k. 

Selain tu, nak upload gmbr byk2. Gmbr ada, nak edit buh cop mohor tu yg mls. Missy White ni ari tu dh masuk sepital. So, Adobe Photoshop aku hilang. Nak kena cari balik and install lain. Nantila, tggu free and rajin. Hekhek. Pape pun, nikmatilah dlu kemerapuan aku di hujung2 pagi hari ke 16 thn 2012 ni yerp! Be happy always guys! Peace!

p/s please do not take or copy anything from this site without permission. TQ!

January 15, 2012

MY BIRTHDAY

Assalamualaikum.

Maaf la lama x update kn. Masa n keinginan x mengizinkn. Walhal, alasan demi alasan aku bg. Ala, xde sape nak baca pun. Kihkih.

Ok la. Ni nak update psl birthday aku yg ke 24. Yes, I am only 24. Hekhek. Bulan lepas punya cite, tapi xpela. Aku cite gak kt korg ye. Supposedly, aku plan dgn SI DIA nak celebrate. Ye, aku dgn muka xmalunya ajak SI DIA celebrate. Hekhek. Xkisahla. Just wanna share my day dgn yg aku syg. Mcm biasala, plan je mesti xjadi kan.

Nak dijadikan ceritera, aku g celebrate sorg2. Aku mintak cuti, then aku pun menayangkan muka kt QB Mall. Pe lagi, tgk wayang la jwbnya. Plan nak marathon 2 cite trus tp sbb kuar lewat xjd. Then, My Babe offer diri nak teman. Yeay! Mula2 nak tgk MI4, tp tiket sold out. My Babe plak nk balik awal. So, lyn cite New Year's Eve. It was a nice movie. Kebanyakan pelakon yg sama dgn cite Valentine's Day. 

Abis wyg, My Babe tnya nak pe. Tp phm2 la kn. Hujung sem pokai tong dh. Xpe. Aku plak segan sbb dia yg offer nak belikn sumthing suh aku pilih. Pe lagi, dlm msa stgh jam aku kena cari brg yg aku berkenan. Sng nak cari mesti la baju kn. Aku ni plak xpandai nk shopping stgh jam je. Al kelam kelibut, jmpa la kemeja. Nice one. My Babe pun kata ok, So amek je la. Hekhek. Ada kesilapan sikit sbb terselit kaler pink! -_-"

Then My Babe balik. Aku teruskan pjlnan meredah mall tu. Cari novel. Sedapkan hati sndri sbb duit xde. "Xpe, beli hadiah utk diri sndri je. Xde org nk bg hadiah." Then, dpt novel, g Jusco beli sushi. DAN! beli Auntie's Anne. Yummy!! Balik mmg dh kepenatan. Sakit kaki sbb nak melaram punya psl kan. Hekhek. It's ok. Yang pnting puas. 

Last week, SI DIA plak tunaikan janji nak belikan kemeja. Yeeehuuuu!! SI DIA kol n antr gmbr (even through bbm adik dia kn) suh aku pilih. Ehem! Hati berbunga mawar tulips lily dh ni. SI DIA ckp, "Xpela. hadiah birthday kan". Senyum lebar lagi.

Utk pengetahuan anda, selama berkenalan ini kali pertama SI DIA bg hadiah birthday ok. Selalu mmg SI DIA belikan je pape tanda ingatan. Ni utk birthday. Aku ulang, HADIAH BIRTHDAY! Yes, SI DIA mmg bukan romantik. Bahahaha. Xkisahla. Thanks yep!

Ok, korg lyn gmbr plak la. 

 Hadiah utk diri sendiri

Hadiah from My Babe! 

Nice kan?

p/s please do not take or copy anything from this blog without permission