April 6, 2013

IKUT RASA, MERASA!


Assalamualaikum.

Hanya sebuah pandangan tanpa biasan.

Ku lihat semakin lantang mereka bersuara. Lagak seolah org yg bijaksana. Namun, bijaksana yg bagaimana dimaksudkan? Bijaksana bagaimana yg diperlukan?

Manusia selalu mengkritik apa yang tak puas hati pada mereka. Bagus! Hak bersuara hak kami!

Tapi adakah anda sedar, mengungkapkan kata cacian, makian, keji seperti itu hanya untuk menegakkan pendirian anda adalah tindakan tidak bijak?

"Bodohlah sape yg komen camni. Tak tau ke sepatutnya camni?"
Adakah anda cukup bijak dgn menyatakan org lain bodoh?
Adakah dgn mengatakan org lain bodoh, anda sudah cukup bijak?

"Perempuan ni tak sedar diri lagi ke? Ambil gambar peluk2, comolot dgn mana2 lelaki, pegi clubbing. Rosak!"
"Tak payah lah nak berlagak jd ustaz. Suka hati dia la nak wat pe pun"
Adakah dgn menyatakan teguran sebegitu akan membuatkan perempuan itu trus bertaubat? 
Silap2 dia xbaca pun komen anda itu.

Manusia silap bile mahu menyatakan teguran. Dalam Islam sendiri diajar cara yg terbaik untuk menegur. Tanpa menjatuhkan aib seseorang, tanpa mengecilkan hati org yg mahu ditegur. Perlu ditegur dgn bahasa yang betul, perlu ditegur tanpa kehadiran org lain. Perlu ditegur dgn cara yg diterima.

Anda tidak bijak dgn menyatakan org lain bodoh.
Anda tidak cantik dgn menyatakan muka org lain mcm muka pecah rumah.
Anda tidak kacak dgn menyatakan org lain babi.
Anda tidak dipandang tinggi dgn memandang rendah org lain.


No comments: