August 30, 2013

YOU.ME

Assalamualaikum.

I am not perfect.
Selalu ada ketidakpuasan hati.
Selalu rasa moody.
Selalu memberontak.
I just love to be alone.
Having my privacy time on my own.
Sampaikan tak bercakap dgn sesiapa.
Maaf telah mengguris hati kamu.
Maaf selalu menyusahkan hati kamu.
We're far apart.
But not our heart.
Keep faith.

August 25, 2013

DEAR YOU

Assalamualaikum.

Dear you,

I miss you.

Regards,
Me.

July 14, 2013

MENU RAMADHAN #5

Assalamualaikum.

Kita skip menu ramadhan ke 2, 3 dan 4 dulu ye. Aku share menu hari ke 5 dlu smntara ingatan masih kuat ni. Haha. Mengidam makanan johor adalah menjadi kebiasaan aku setelah bbrp bulan tak balik. So, aku ngidam mee bandung. Mmg tak pernah langsung amek tau resipi dia. Heh!

So, aku google resipi as usual. Tapi pagi td aku call mak, tanya resipi. Hah! Lain ko! So, aku decide untuk ikut resipi mak aku. Nasib baik brg ada. Sebenarnya mak aku suruh guna rencah siap tu je. Tp aku nak jugak rencah buat sendiri. So, here we go!

Bahan kisar:
bawang merah
bawang putih
serai
halia
udang kering
cili kering
(tp aku guna cili boh, so tak payah kisar dah)
Kisar dgn air rebusan daging

Mee kuning (dicelur dgn air panas)
1biji kentang (rebus dan lenyek)
1sudu besar sos tiram
Kacang tanah (goreng dan tumbuk lumat)
Daging (rebus dan potong kecil2)
udang (dikopek kulit)

1. Tumis bahan kisar dan cili boh (kalau dah kisar cili kering, tak payah cili boh). Jgn sampai terlalu garing.
2. Masukkan air rebusan daging. Kalau tak cukup tambah lagi air biasa.
3. Agak2 mendidih, masukkan garam, gula dan sos tiram. Kacau.
4. Masukkan kentang yang dh dilenyek utk pekatkan kuah.
5. Masukkan daging yg dah direbus dan udang.
6. Masukkan kacang tanah yg dh ditumbuk lumat. Kacau. Tunggu hingga mendidih.
7. Masukkan telur. Kalau tak nak telur pecah, jgn kacau. Bagi telur masak dulu baru kacau.

Siap!

Aku masak tadi dgn tak de keyakinan ttg rasa. Maklumlah puasa. Dengan izin Allah, alhamdulillah. Allah tlg aku. Alhamdulillah, housemate aku pun suka.

Kalau nak ganti kentang dgn keledek pun boleh. Or boleh guna tepung jagung jugak. Tu untuk pekatkan kuah je dan manis kentang or keledek tu rasa. Aku pun suka2 je tmbh sos tiram sbb dlm resipi yg aku google ada yg guna sos tiram. Tp kurangkan garam la kan.

Give it a try! Good luck! :)

July 13, 2013

MENU RAMADHAN #1

Assalamualaikum.

Selamat berpuasa uolls. Semoga dipermudahkan urusan kita utk melaksanakan ibadah sebanyak mungkin. Semoga setiap ibadah kita ikhlas dan diterima oleh Allah. Amin. Cemana puasa uolls? Alhamdulillah.

Ok, aku try post seringkas mungkin la ye. Sgt cliche la kan, orang share menu buka puasa, menu sahur. Biasa bro! So, aku pun join the session la. Ada aku kisah?

For first day puasa, aku masak untuk buka. Maaf la ye. Tak de menu hebat di sini. Almaklumlah, orang baru nak belajar masak. Menu harus la yang paling simple. 

Menu Satu: Udang Kung Pao

Udang (dibuang kulit, tinggalkan la ekor kiut tu)
1 Bawang merah (ditumbuk)
2 Bawang putih (ditumbuk)
cili padi (ditumbuk)
2cm Halia (ditumbuk)
3sb sos tiram
2sb sos cili
Sayur (ikut suke nak letak pe)

1. Tumis bawang merah, bawang putih, cili padi and halia yang dah ditumbuk sampai naik bau.
2. Masukkan sayur. Aku letak lobak merah and capsicum.
3. Agak2 lobak tu dh lembut sikit, masukkan udang.
4. Udang dh separuh masak, masukkan sos cili dgn sos tiram.
5. Masukkan air sikit dan tunggu sampai kuah dia likat.
Menu sebenar guna cili kering. Tp aku mmg tak de cili kering. So, aku tukar cili padi.
Siap!

Menu Dua: Telur Dadar Sosej

Telur ayam
Sosej
Bawang merah
Kiub pati ayam/ikan bilis (salah satu)
Garam
Air

1. Pukul telur, garam dan sedikit air (air tu nak bagi telur garing sikit)
2. Tumis bawang merah. Masukkan kiub pati ayam/ikan bilis.
3. Masukkan sosej yg dh dipotong ikut bentuk korang nak.
4. Masukkan telur.

Siap!

Seringkas habis la menu buka puasa ni. Hehe. Selamat telan air liur ye. (walaupun menu tak hebat)

June 10, 2013

FIKIR

Assalamualaikum.

Situasi A: Kemalangan ngeri
Bukan hendak membantu, malah berebut keluarkan telefon canggih memasing nk rekod, upload kot youtube, dpt ramai viewers. Kerumun kat kawasan kejadian, nak jadi saksi. Bukan membantu, malah meyusahkan pihak polis, ambulans nak lalu bagi bantuan. Happy? Bangga?

Situasi B: Perompak maut kena tembak
Sibuk duk kerumun org tu, rekod video, upload kot youtube lagi. Org tu dah nazak atau dah xde nafas, seboleh-bolehnya nak zoom kat muka dia. Ramai viewers, ramai bertanya. Bangga? Gembira?

Situasi C, D, E, F etc.

Aib manusia perlu dijaga.
Aib diri dilindungi sebaiknya.
Fikirkanlah perasaan keluarga mangsa.
Fikirkanlah masa depan anak kecil mereka.
Fikirkanlah kesedihan yang ditanggung.
Fikirkanlah cemuhan masyarakat yg bakal mereka hadapi.
Fikirkanlah kata-kata manusia yg perlu mereka dengari.
Salurkan semangat dan kata motivasi, bukan bangga berkongsi kisah kematian mereka.
Salurkan bantuan yg diperlukan, bukan berkongsi cerita yg tidak pasti.

Hanya pandangan kecil diri ni.
Fikirkanlah.

May 29, 2013

LELAKI

Assalamualaikum.

Meng'update' blog kt ofis ari ni. Mood mls tetap ada, mcm biasa la kan. Mood tgh swing tggu hari, camtu la. Ok, straight to the point. Khas utk para lelaki. Cek tengok jantina anda, confirm ke tak. Haha *lame joke*.

Korang kalau sewa rumah, mmg mesti ada sorang atau dua orang yg jenis tau perabih hak org tp xreti nak beli sndri eh? MESTI ADA ke tak semestinya? Aku cukup panas bile dengar benda ni. Dari ayah aku cerita dulu dia pun kena. Syukur Alhamdulillah aku okay je dgn housemates aku. Tak dak masalah.

Yang jenis ni aku pun xpaham. Dh ckp leklok sama cmtu gak. Dah la klu beli brg jenis ikut org. Org tu beli tu, lepas2 tu ko plak beli. Tu tak pe la. Bagus la. Yg aku tak pahamnya, pape org tu beli ko plak tukang makan, tukang minum. Tinggal sikit je utk org tu. BOLEH???? Kalau tak de makanan, tak de plak ko pandai nak beli. Org lain beli, ko plak sebok perabih!

Air masak kt rumah tu pun, kalau tak de tak reti nak masak. Sanggup tak minum. Kalau ada, dia la org pertama tlg perabih. Seriously, tak paham! Yang lagi aku tak paham, yg bekerja tu yang tukang perabih stok makanan student. BOLEH???????

Kdg2 aku angin jugak. Sbb aku beli utk dia buat stok makanan kt rumah. Student kn, tlg la sikit2. Eh? Org lain abiskan. Pantang ada makanan ada minuman, org tu la yg abiskan. 

Bukan nak berkira, bukan nak mengungkit. Tapi give n take la. Sama2 sewa rumah, sama2 la beli brg rumah. Kalau aku beli, then ko nak makan aku tak kisah. Tapi ko ada la jugak beli sama. Ko ingat, org tu mak ayah ko ke kena tanggung makan minum ko kat umah tu? Sabar je la aku.

Dari rumah sewa lama, sampai rumah sewa skrg, SI DIA kena camtu. Sbb tu tnya, mmg MESTI ada ke manusia jenis ni dlm rumah sewa lelaki?  Jgn kata lelaki je, perempuan pun ada. Ye, aku tau. Tapi, aku x mengalami masalh tu setakat ni. Syukur.

Sama-sama lah bertimbang rasa.

April 6, 2013

IKUT RASA, MERASA!


Assalamualaikum.

Hanya sebuah pandangan tanpa biasan.

Ku lihat semakin lantang mereka bersuara. Lagak seolah org yg bijaksana. Namun, bijaksana yg bagaimana dimaksudkan? Bijaksana bagaimana yg diperlukan?

Manusia selalu mengkritik apa yang tak puas hati pada mereka. Bagus! Hak bersuara hak kami!

Tapi adakah anda sedar, mengungkapkan kata cacian, makian, keji seperti itu hanya untuk menegakkan pendirian anda adalah tindakan tidak bijak?

"Bodohlah sape yg komen camni. Tak tau ke sepatutnya camni?"
Adakah anda cukup bijak dgn menyatakan org lain bodoh?
Adakah dgn mengatakan org lain bodoh, anda sudah cukup bijak?

"Perempuan ni tak sedar diri lagi ke? Ambil gambar peluk2, comolot dgn mana2 lelaki, pegi clubbing. Rosak!"
"Tak payah lah nak berlagak jd ustaz. Suka hati dia la nak wat pe pun"
Adakah dgn menyatakan teguran sebegitu akan membuatkan perempuan itu trus bertaubat? 
Silap2 dia xbaca pun komen anda itu.

Manusia silap bile mahu menyatakan teguran. Dalam Islam sendiri diajar cara yg terbaik untuk menegur. Tanpa menjatuhkan aib seseorang, tanpa mengecilkan hati org yg mahu ditegur. Perlu ditegur dgn bahasa yang betul, perlu ditegur tanpa kehadiran org lain. Perlu ditegur dgn cara yg diterima.

Anda tidak bijak dgn menyatakan org lain bodoh.
Anda tidak cantik dgn menyatakan muka org lain mcm muka pecah rumah.
Anda tidak kacak dgn menyatakan org lain babi.
Anda tidak dipandang tinggi dgn memandang rendah org lain.


March 19, 2013

UCAPAN KE 27

Assalamualaikum.

HAPPY 27TH BIRTHDAY TO THE LOVE OF MY LIFE.

Doaku sentiasa bersamamu,
semoga Allah sentiasa merahmatimu,
semoga amalanmu diterima,
semoga impianmu terlaksana,
semoga doamu termakbul,
semoga bahagiamu berkekalan,
semoga urusanmu dipermudahkan,
semoga jodohmu hingga ke syurga,

Teman,
semoga persahabatan ini berkekalan,
semoga kasih ini berpanjangan,
semoga sayang ini bercambah,
semoga cinta ini direstui dan diberkati,
semoga perhubungan ini dilindungi.

Sahabat,
budimu tak terbalas,
pengorbananmu tak terkira,
baktimu tak berpenghujung,
semoga balasanmu ditimbang.

Pasangan,
ku doa hubungan ini berkekalan,
ku harap kita melangkah ke destinasi seterusnya,
ku mohon kasih sayang kekal ke syurga.