January 27, 2013

PRODUCTIVE WEEKEND!

Assalamualaikum.

Selamat bercuti! Yeayers! Minggu plg busy and minggu byk cuti. Terbaik! -_-" Malas sembang pasal koje, kite sembang pasal cuti. Baru semangat kobar-kobar kan?

Minggu lalu aku mengomel pasal weekend yg sgt x productive. Pasal pe? Pasal aku kena tinggal sorang2 kt umah. Sadis kan? Pada aku sadis sebab aku bosan duk umah sorang2. Kendain, aku tersedar dari lamunan. Aku xde gang nak melepak kt sini. Dem! Harap kt housemates or SI DIA utk rajin dtg melawat. Sedih! Sbb tu la aku lebih byk terkurung dlm umah. Positifnya, jimat duit. Jimat x jimat la. Bile dh dpt kuar tu cm org jakun. Nak tabur duit kt jalan raya klu boleh.

Minggu ni sampai x teringat langsung yg aku xsempat rehat. Heh! Watdehel. Jumaat, aku balik lambat dr keje, sbb kononnya nak settle keje. Hampeh! Client xnk bekerjasama bergabung tenaga. Sabtu, masuk kerjaan lagi, kononnya client akan mencurahkan tenaga sampai penuh sebaldi dgn peluh. Nan hado! Speaker handphone rosak kot xdengaq! Ptg tu, makcik housemate dtg ajak kuar makan n beli brg umah. Hamek! 2 jam sangkut kt Tesco Extra. Balik mkn lagi. Homemade kari ayam kebabom! The best la Maksu!

Ari ni, pg kuar p saloon. Pampered myself ala-ala. Pendek gak rambut ni akhirnya. Lega! Tambah scalp treatment wat ubat tambahan. Semoga rambut ni tumbuh lebat selebat bulu monyet kt zoo tepeng. Siap kt salon, SI DIA dtg. Dating time! Woot woot!

Spt dirancang, shopping la. Lagak umpama bonus dua bulan bru didepositkan ke dalam akaun. Langkah penuh stylo. Hehe. Dh dua bulan lagak ni berlarutan. Padahal duit masuk sme tang tu gak. Ujung bulan, ikat perut, jimat. Mula la rajin nk masak. Haha. Jeanswest boutique aku dh rasa. Uniqlo is coming! Depa dh start set up kedai td aku tgk. Hoorey!

Merepek meraban. Padahal xde cite best pun. Ok la, nak tenangkan diri. Esok cuti, nak hadap keje. Supaya xkena tuesday blues. Oh, plan nak balik kg raya ni terbantut. Tiket abis, So, kena apply cuti sehari. Rugi cuti aku -_-' 

Good night from Penang with full moon view. Salam.

No comments: