October 25, 2013

FIRST EXPERIENCE:JAKUN?

Assalamualaikum.

Nak dikisahkan, aku baru naik flight 3 kali. Ye, 3 je. Dr Johor ke Pulau Pinang. Haruslah AirAsia, sebab MAS kena transit in KL which means lg lambat aku sampai. Ngeh! Ok, first time aku nak naik hujan. Flight petang yang biasanya aku naik delayed. Luckily aku memang ambik flight malam pukul 8. Aku dah beratur kat gate baru flight petang terbang. Alhamdulillah, tak perlu tunggu lama2.

Ok, kembali ke cerita asal aku. Dijadikan cerita, hujan petang tu. So, aku risau jugak flight akan delay. First time jugak masuk flight guna terowong direct. Selalu kena jalan pi kat plane. Ok, cukuplah kejakunan sangat di sini. 

Mula2 ok je. Perjalanan macam biasa. Otak aku ni terlalu aktif. Kebetulannya, baru2 ni ada kes flight terhempas. So, terbayang2 berita tu. To calm down, I tried to sleep but it's always failed! Sebelah aku minah saleh dari mana tak tau. Depa mai satu team ramai2 mai holiday kot. Dah hampir sampai tu, aku terperasan kilat kat luar. My hot spot always sebelah tingkap punya. Then, tiba2 kapal bergegar. OH MY! Setakat langgar awan tu aku dah biasa. Butang panik pun tak terangsang.

Ini gegaran yang badan aku duk goyang kiri kanan. Masa tu rasa cam nak jerit pun ada. Dah la sorang2, first time experience this thing. Tak boleh nak pastikan berapa lama keadaan tu. Minah saleh sebelah aku dah senyum gelak2 dengan kawan dia. Aku cuba senyum untuk kurangkan panik. Kepala rasa sakit sangat sebab aku baru nak baik dari selsema. Rasa nak pecah dahi aku bila pressure udara kat atas menekan. Sampai lah dah nak landing pun aku boleh nampak sayap kapal tu stil goyang2, means kapal tak berapa nak stabil. Pelik sekejap.

Alhamdulillah, went through all this. Selamat landing, selamat sampai. Tapi bab kepala sakit tu memang tak boleh nak tolong. Berapa hari jugak la nak hilang. A lil bit phobia I think. Ambik masa sikit untuk berani naik flight balik. Huhu. Yeah, shame on me. Kus semangat!

October 18, 2013

HOME

Assalamualaikum.

Am going home. Enough said.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

October 13, 2013

#READING

Assalamualaikum.

Sambungan pembacaan. Ya, mungkin sedikit lewat tapi masih mampu untuk membacanya. Memoir Bukan Memoir hasil nukilan Pekin Ibrahim. Seperti yang korang kenal, dia seorang pelakon, yang mempunyai bakat tersendiri. Oh, aku baru mula membaca kisah hidup dia. So, belum ada komen apa-apa. Nak tau? Mari membaca!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

October 5, 2013

#READING

Assalamualaikum.

Sedang membaca 'Bogel Menuju Tuhan' hasil karya saudara Zahiril Adzim. Kata-kata yg mudah tp maksud mendalam di sebaliknya. Masih mencuba mencerna makna kata, makna ayat. Membuka minda, meluaskan pandangan. Sbb itu orang kata, banyakkan membaca. Tambha ilmu, tambah pengetahuan. Ok, paham tak paham? Okfinebye!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

October 3, 2013

FRUSTRATED

Assalamualaikum.

Angan-angan tinggal impian. Musnah dlm sekerlipan mata. Mimpi indah utk peluk cium bumbum dgn baby musnah. Sangat frust. Rindu tak tertanggung. Rindu tahap mengalir air di empangan mata.

FRUST!

SEDIH!

RINDU....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

September 24, 2013

RAJUK

Assalamualaikum.

Ikutkan rajuk di hati, mau saja ditepis segala yang datang. Bangkitkan keegoan menentang segala pujuk rayu. Biar menjadi peringatan agar tidak berulang. Namun, manusia disifatkan begitu. Perlu memahami dan difahami. Perlu tolak ansur dan menghormati. Perbezaan bukan untuk dicakari, tapi untuk dimengerti. Agar persamaan sentiasa dihargai. Selamat malam cinta.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

September 11, 2013

BUZZ

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, setelah seharian bumi Penang dibasahi hujan, hari ni kami jumpa matahari. Tapi yg jadi tak best sebab jumpa traffic jam. Blur! Tak paham. Punch card merah pertama utk bulan ni. Aigoo.

Minggu rileks sebab keje tak banyak, padahal semua keje tertangguh nak kena siapkan. Baiklah, berusaha lagi. Semoga berkat rezeki yg diterima. Amin. Mendoakan kesejahteraan semua yg membaca.

P/s tak de motif punya post. Pun boleh.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

August 31, 2013

MY MIRROR

Assalamualaikum.

For what had happened,
For what I've been through,
For what I've done to you,
For what we have discussed last night,
All I can say is,
Just listen to this song and it will tells you how I feel.

Deep from the bottom of my heart, I am truly sorry coz I am always be the bitch, ruin our relation.
Didn't mean to make you hurt, but I am always trying to be the one.

For YOU


Remember this!
I was in love you, I am always loving you and I will love you till the end.
InsyaAllah.

'Cause I don't wanna lose you now
I'm looking right at the other half of me
The vacancy that sat in my heart
Is a space that now you hold
Show me how to fight for now 
And I'll tell you, baby, it was easy
Coming back into you once I figured it out
You were right here all along
It's like you're my mirror
My mirror staring back at me
I couldn't get any bigger
With anyone else beside of me
And now it's clear as this promise
That we're making two reflections into one
'Cause it's like you're my mirror
My mirror staring back at me, staring back at me

Now you're the inspiration for this precious song
And I just wanna see your face light up since you put me on
So now I say goodbye to the old me, it's already gone
And I can't wait wait wait wait wait to get you home
Just to let you know, you are
You are you are the love of my life 


AM I?

Assalamualaikum.

Am I going back to my oldies?

Where my heart beats faster than normal.
Where my hands were shaking when I talked about you.
Where my mind was unstable thinking about you.
Where my body didn't follow the signal from my brain.
When I'm being left alone in dark.

So sad.

Please, don't leave me :(
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

August 30, 2013

YOU.ME

Assalamualaikum.

I am not perfect.
Selalu ada ketidakpuasan hati.
Selalu rasa moody.
Selalu memberontak.
I just love to be alone.
Having my privacy time on my own.
Sampaikan tak bercakap dgn sesiapa.
Maaf telah mengguris hati kamu.
Maaf selalu menyusahkan hati kamu.
We're far apart.
But not our heart.
Keep faith.

August 25, 2013

DEAR YOU

Assalamualaikum.

Dear you,

I miss you.

Regards,
Me.

July 14, 2013

MENU RAMADHAN #5

Assalamualaikum.

Kita skip menu ramadhan ke 2, 3 dan 4 dulu ye. Aku share menu hari ke 5 dlu smntara ingatan masih kuat ni. Haha. Mengidam makanan johor adalah menjadi kebiasaan aku setelah bbrp bulan tak balik. So, aku ngidam mee bandung. Mmg tak pernah langsung amek tau resipi dia. Heh!

So, aku google resipi as usual. Tapi pagi td aku call mak, tanya resipi. Hah! Lain ko! So, aku decide untuk ikut resipi mak aku. Nasib baik brg ada. Sebenarnya mak aku suruh guna rencah siap tu je. Tp aku nak jugak rencah buat sendiri. So, here we go!

Bahan kisar:
bawang merah
bawang putih
serai
halia
udang kering
cili kering
(tp aku guna cili boh, so tak payah kisar dah)
Kisar dgn air rebusan daging

Mee kuning (dicelur dgn air panas)
1biji kentang (rebus dan lenyek)
1sudu besar sos tiram
Kacang tanah (goreng dan tumbuk lumat)
Daging (rebus dan potong kecil2)
udang (dikopek kulit)

1. Tumis bahan kisar dan cili boh (kalau dah kisar cili kering, tak payah cili boh). Jgn sampai terlalu garing.
2. Masukkan air rebusan daging. Kalau tak cukup tambah lagi air biasa.
3. Agak2 mendidih, masukkan garam, gula dan sos tiram. Kacau.
4. Masukkan kentang yang dh dilenyek utk pekatkan kuah.
5. Masukkan daging yg dah direbus dan udang.
6. Masukkan kacang tanah yg dh ditumbuk lumat. Kacau. Tunggu hingga mendidih.
7. Masukkan telur. Kalau tak nak telur pecah, jgn kacau. Bagi telur masak dulu baru kacau.

Siap!

Aku masak tadi dgn tak de keyakinan ttg rasa. Maklumlah puasa. Dengan izin Allah, alhamdulillah. Allah tlg aku. Alhamdulillah, housemate aku pun suka.

Kalau nak ganti kentang dgn keledek pun boleh. Or boleh guna tepung jagung jugak. Tu untuk pekatkan kuah je dan manis kentang or keledek tu rasa. Aku pun suka2 je tmbh sos tiram sbb dlm resipi yg aku google ada yg guna sos tiram. Tp kurangkan garam la kan.

Give it a try! Good luck! :)

July 13, 2013

MENU RAMADHAN #1

Assalamualaikum.

Selamat berpuasa uolls. Semoga dipermudahkan urusan kita utk melaksanakan ibadah sebanyak mungkin. Semoga setiap ibadah kita ikhlas dan diterima oleh Allah. Amin. Cemana puasa uolls? Alhamdulillah.

Ok, aku try post seringkas mungkin la ye. Sgt cliche la kan, orang share menu buka puasa, menu sahur. Biasa bro! So, aku pun join the session la. Ada aku kisah?

For first day puasa, aku masak untuk buka. Maaf la ye. Tak de menu hebat di sini. Almaklumlah, orang baru nak belajar masak. Menu harus la yang paling simple. 

Menu Satu: Udang Kung Pao

Udang (dibuang kulit, tinggalkan la ekor kiut tu)
1 Bawang merah (ditumbuk)
2 Bawang putih (ditumbuk)
cili padi (ditumbuk)
2cm Halia (ditumbuk)
3sb sos tiram
2sb sos cili
Sayur (ikut suke nak letak pe)

1. Tumis bawang merah, bawang putih, cili padi and halia yang dah ditumbuk sampai naik bau.
2. Masukkan sayur. Aku letak lobak merah and capsicum.
3. Agak2 lobak tu dh lembut sikit, masukkan udang.
4. Udang dh separuh masak, masukkan sos cili dgn sos tiram.
5. Masukkan air sikit dan tunggu sampai kuah dia likat.
Menu sebenar guna cili kering. Tp aku mmg tak de cili kering. So, aku tukar cili padi.
Siap!

Menu Dua: Telur Dadar Sosej

Telur ayam
Sosej
Bawang merah
Kiub pati ayam/ikan bilis (salah satu)
Garam
Air

1. Pukul telur, garam dan sedikit air (air tu nak bagi telur garing sikit)
2. Tumis bawang merah. Masukkan kiub pati ayam/ikan bilis.
3. Masukkan sosej yg dh dipotong ikut bentuk korang nak.
4. Masukkan telur.

Siap!

Seringkas habis la menu buka puasa ni. Hehe. Selamat telan air liur ye. (walaupun menu tak hebat)

June 10, 2013

FIKIR

Assalamualaikum.

Situasi A: Kemalangan ngeri
Bukan hendak membantu, malah berebut keluarkan telefon canggih memasing nk rekod, upload kot youtube, dpt ramai viewers. Kerumun kat kawasan kejadian, nak jadi saksi. Bukan membantu, malah meyusahkan pihak polis, ambulans nak lalu bagi bantuan. Happy? Bangga?

Situasi B: Perompak maut kena tembak
Sibuk duk kerumun org tu, rekod video, upload kot youtube lagi. Org tu dah nazak atau dah xde nafas, seboleh-bolehnya nak zoom kat muka dia. Ramai viewers, ramai bertanya. Bangga? Gembira?

Situasi C, D, E, F etc.

Aib manusia perlu dijaga.
Aib diri dilindungi sebaiknya.
Fikirkanlah perasaan keluarga mangsa.
Fikirkanlah masa depan anak kecil mereka.
Fikirkanlah kesedihan yang ditanggung.
Fikirkanlah cemuhan masyarakat yg bakal mereka hadapi.
Fikirkanlah kata-kata manusia yg perlu mereka dengari.
Salurkan semangat dan kata motivasi, bukan bangga berkongsi kisah kematian mereka.
Salurkan bantuan yg diperlukan, bukan berkongsi cerita yg tidak pasti.

Hanya pandangan kecil diri ni.
Fikirkanlah.

May 29, 2013

LELAKI

Assalamualaikum.

Meng'update' blog kt ofis ari ni. Mood mls tetap ada, mcm biasa la kan. Mood tgh swing tggu hari, camtu la. Ok, straight to the point. Khas utk para lelaki. Cek tengok jantina anda, confirm ke tak. Haha *lame joke*.

Korang kalau sewa rumah, mmg mesti ada sorang atau dua orang yg jenis tau perabih hak org tp xreti nak beli sndri eh? MESTI ADA ke tak semestinya? Aku cukup panas bile dengar benda ni. Dari ayah aku cerita dulu dia pun kena. Syukur Alhamdulillah aku okay je dgn housemates aku. Tak dak masalah.

Yang jenis ni aku pun xpaham. Dh ckp leklok sama cmtu gak. Dah la klu beli brg jenis ikut org. Org tu beli tu, lepas2 tu ko plak beli. Tu tak pe la. Bagus la. Yg aku tak pahamnya, pape org tu beli ko plak tukang makan, tukang minum. Tinggal sikit je utk org tu. BOLEH???? Kalau tak de makanan, tak de plak ko pandai nak beli. Org lain beli, ko plak sebok perabih!

Air masak kt rumah tu pun, kalau tak de tak reti nak masak. Sanggup tak minum. Kalau ada, dia la org pertama tlg perabih. Seriously, tak paham! Yang lagi aku tak paham, yg bekerja tu yang tukang perabih stok makanan student. BOLEH???????

Kdg2 aku angin jugak. Sbb aku beli utk dia buat stok makanan kt rumah. Student kn, tlg la sikit2. Eh? Org lain abiskan. Pantang ada makanan ada minuman, org tu la yg abiskan. 

Bukan nak berkira, bukan nak mengungkit. Tapi give n take la. Sama2 sewa rumah, sama2 la beli brg rumah. Kalau aku beli, then ko nak makan aku tak kisah. Tapi ko ada la jugak beli sama. Ko ingat, org tu mak ayah ko ke kena tanggung makan minum ko kat umah tu? Sabar je la aku.

Dari rumah sewa lama, sampai rumah sewa skrg, SI DIA kena camtu. Sbb tu tnya, mmg MESTI ada ke manusia jenis ni dlm rumah sewa lelaki?  Jgn kata lelaki je, perempuan pun ada. Ye, aku tau. Tapi, aku x mengalami masalh tu setakat ni. Syukur.

Sama-sama lah bertimbang rasa.

April 6, 2013

IKUT RASA, MERASA!


Assalamualaikum.

Hanya sebuah pandangan tanpa biasan.

Ku lihat semakin lantang mereka bersuara. Lagak seolah org yg bijaksana. Namun, bijaksana yg bagaimana dimaksudkan? Bijaksana bagaimana yg diperlukan?

Manusia selalu mengkritik apa yang tak puas hati pada mereka. Bagus! Hak bersuara hak kami!

Tapi adakah anda sedar, mengungkapkan kata cacian, makian, keji seperti itu hanya untuk menegakkan pendirian anda adalah tindakan tidak bijak?

"Bodohlah sape yg komen camni. Tak tau ke sepatutnya camni?"
Adakah anda cukup bijak dgn menyatakan org lain bodoh?
Adakah dgn mengatakan org lain bodoh, anda sudah cukup bijak?

"Perempuan ni tak sedar diri lagi ke? Ambil gambar peluk2, comolot dgn mana2 lelaki, pegi clubbing. Rosak!"
"Tak payah lah nak berlagak jd ustaz. Suka hati dia la nak wat pe pun"
Adakah dgn menyatakan teguran sebegitu akan membuatkan perempuan itu trus bertaubat? 
Silap2 dia xbaca pun komen anda itu.

Manusia silap bile mahu menyatakan teguran. Dalam Islam sendiri diajar cara yg terbaik untuk menegur. Tanpa menjatuhkan aib seseorang, tanpa mengecilkan hati org yg mahu ditegur. Perlu ditegur dgn bahasa yang betul, perlu ditegur tanpa kehadiran org lain. Perlu ditegur dgn cara yg diterima.

Anda tidak bijak dgn menyatakan org lain bodoh.
Anda tidak cantik dgn menyatakan muka org lain mcm muka pecah rumah.
Anda tidak kacak dgn menyatakan org lain babi.
Anda tidak dipandang tinggi dgn memandang rendah org lain.


March 19, 2013

UCAPAN KE 27

Assalamualaikum.

HAPPY 27TH BIRTHDAY TO THE LOVE OF MY LIFE.

Doaku sentiasa bersamamu,
semoga Allah sentiasa merahmatimu,
semoga amalanmu diterima,
semoga impianmu terlaksana,
semoga doamu termakbul,
semoga bahagiamu berkekalan,
semoga urusanmu dipermudahkan,
semoga jodohmu hingga ke syurga,

Teman,
semoga persahabatan ini berkekalan,
semoga kasih ini berpanjangan,
semoga sayang ini bercambah,
semoga cinta ini direstui dan diberkati,
semoga perhubungan ini dilindungi.

Sahabat,
budimu tak terbalas,
pengorbananmu tak terkira,
baktimu tak berpenghujung,
semoga balasanmu ditimbang.

Pasangan,
ku doa hubungan ini berkekalan,
ku harap kita melangkah ke destinasi seterusnya,
ku mohon kasih sayang kekal ke syurga.

February 14, 2013

CNY LUNCH

Assalamualaikum.

Alkisahnya, seperti yg diberitakan, adalah menjadi satu tradisi kaum cina utk meraikan pembukaan kembali bisnes mereka slps cuti raya . So, hari ni kami p celebrate kt Cititel Hotel Penang. CNY Buffet Lunch. RM50++ per person.

Oleh sbb ada lagi tradisi merekayg lain, masih ada yg bercuti. Jumlah kami semua pi 17 org. Seronok ramai2 ni even sepatah haram pun aku xpaham pe dorg ckp. *talk to my hand* Konon2 nak mkn byk, tp hadoo. Perut mengecut plak ari ni. Ish! rugi betul!

But, not so much choices la. Skali round je aku dh abis amek pe yg aku nk mkn. X macam mkn kt E & O dlu. 2 3 kali aku amek mknan. Ngeh! Maybe tu slh satu sbb jugak nape aku mkn ckit. *alasan diet* Makanan dia sedap, masih boleh diterima tekak aku yg cam piranha ni.

Erm, pe lagi nak cite. Oh! Dpt ang pow maa. Hihi. Boss aku bg. Sekali aku intai ada not 100. Wow! Terkejut gak aku. First time dpt duit raya byk tu. *jakun sat* Alhamdulillah, rezeki. Semoga bertambah murah rezeki bos, kwn2 n aku sekali. Amin.

Jom pi layan bunga api pulak! ^_^ Ye, tu je nak cite. Abis dah. 
-TAMAT-

February 12, 2013

FIRST TRIAL MASAK LEMAK CILI API

Assalamualaikum.

Excited bebenor ni. Haha. Siap masak je terus hadap laptop nak update cite. Haaa, Nampak x excitednya di situ? Nak sebar cite aku berjaya mencuba resipi ayam masak lemk cili api. Org negeri punya style. Meh nak cite meh.

First, tumbuk cili padi dgn kunyit hidup. Kt cni nak ditekankan, oleh sebab umah kami kekurangan bahan masak, aku ganti dgn kunyit serbuk. Tp aku tumbuk jugak skali dgn cili padi. Ikut suke korang la nk buh brp byk cili tu. Nak pedas, tambah lg 10biji. Tak nak pedas, kurangkanlah. Then, panaskan periuk dgn api sederhana. Masukkan cili yg dh ditumbuk, serai yg dh dititik dgn ayam yg dh dikerat n dh dibasuh. Tumis je sampai air ayam tu kering.

Kendian, masukkan santan cair. Biarkan sampai mendidih. Dah mendidih masukkan garam, gula and asam keping. Kat cni skali lagi aku ganti asam keping dgn asam jawa. Hahaha. Nampak tak betapa xlengkapnya bahan masak kt umah ni. Then, klu nak masukkan kentang, masukkan skali. Oh, jgn lupa masukkan jugak santan pekat. Then, kacau perlahan-lahan, biarkan smpai kentang empuk. 

Dah siap! Try la. Senang je rupanya masak lemak cili api ni. Aku je bru nk blaja masak. Kehkeh. Nampak tak kejakunan dan ke'excited'an aku kt situ?
tinggal tunggu kentang empuk je.. ^_^

Selamat mencuba! Jom p makan!

February 1, 2013

FAST FOOD THE VAST!

Assalamualaikum.

Hari ni hari fast food. Tghari lunch prosperity burger, ni japg nk pi melantak ayam goreng kepsi. Oh! Punah dietku. 2 hari lepas dh merasa pizza hut.

Mana pergi plan aku nk hadap big meal sekali sebulan? Sekali sehari ada la. Tp,sbb kena buat keje luar,that's why kami prefer fast food. Fair, sbb aku sorg melayu,yg lain cina. Fair and square.

Tak pe la, kuar duit utk mkn. *sedapkan hati*

Welcoming February. Please be good. Thank you!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

ON LEAVE vs PUBLIC HOLIDAY

Assalamualaikum.

Dlm dilema. Plan nak balik cuti raya cina ni, tp terbatal sbb tiket abis. Great! Aku punya la nk saving cuti. Lpas ni xde dh public holiday lama cenggini. *nangis bawah katil*

Plan utk bln March, bachelorette party dgn teman2 seperjuangan. Masih dlm perancangan. Plan kedua, birthday SI DIA. Hadiah pe nk bagi ni kawan2!! Idea please....

Plan utk bln 4, xde pape lg. So, simpan duit la kononnya. Bln 5, insyaAllah nk ke terengganu. Kopok lekor la kite. Bln 6, bln 7 adalah bln plg busy utk auditor. Lgpn bln 7 dh puasa kn. So, dduk diam2 simpan duit utk raya.

Bln 8, wedding time!! Byknya nk kena pikir. InsyaAllah,menghulur mne yg mampu. Kaler plg best utk wedding for this year? Ada suggestion x?

Menaip sambil menanti senior settle keje. Aku kt kilang,tmpt client ni. Mengharap kami lekas pulang, tp harapan tinggal harapan. *sadis*

Good bye!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

January 27, 2013

PRODUCTIVE WEEKEND!

Assalamualaikum.

Selamat bercuti! Yeayers! Minggu plg busy and minggu byk cuti. Terbaik! -_-" Malas sembang pasal koje, kite sembang pasal cuti. Baru semangat kobar-kobar kan?

Minggu lalu aku mengomel pasal weekend yg sgt x productive. Pasal pe? Pasal aku kena tinggal sorang2 kt umah. Sadis kan? Pada aku sadis sebab aku bosan duk umah sorang2. Kendain, aku tersedar dari lamunan. Aku xde gang nak melepak kt sini. Dem! Harap kt housemates or SI DIA utk rajin dtg melawat. Sedih! Sbb tu la aku lebih byk terkurung dlm umah. Positifnya, jimat duit. Jimat x jimat la. Bile dh dpt kuar tu cm org jakun. Nak tabur duit kt jalan raya klu boleh.

Minggu ni sampai x teringat langsung yg aku xsempat rehat. Heh! Watdehel. Jumaat, aku balik lambat dr keje, sbb kononnya nak settle keje. Hampeh! Client xnk bekerjasama bergabung tenaga. Sabtu, masuk kerjaan lagi, kononnya client akan mencurahkan tenaga sampai penuh sebaldi dgn peluh. Nan hado! Speaker handphone rosak kot xdengaq! Ptg tu, makcik housemate dtg ajak kuar makan n beli brg umah. Hamek! 2 jam sangkut kt Tesco Extra. Balik mkn lagi. Homemade kari ayam kebabom! The best la Maksu!

Ari ni, pg kuar p saloon. Pampered myself ala-ala. Pendek gak rambut ni akhirnya. Lega! Tambah scalp treatment wat ubat tambahan. Semoga rambut ni tumbuh lebat selebat bulu monyet kt zoo tepeng. Siap kt salon, SI DIA dtg. Dating time! Woot woot!

Spt dirancang, shopping la. Lagak umpama bonus dua bulan bru didepositkan ke dalam akaun. Langkah penuh stylo. Hehe. Dh dua bulan lagak ni berlarutan. Padahal duit masuk sme tang tu gak. Ujung bulan, ikat perut, jimat. Mula la rajin nk masak. Haha. Jeanswest boutique aku dh rasa. Uniqlo is coming! Depa dh start set up kedai td aku tgk. Hoorey!

Merepek meraban. Padahal xde cite best pun. Ok la, nak tenangkan diri. Esok cuti, nak hadap keje. Supaya xkena tuesday blues. Oh, plan nak balik kg raya ni terbantut. Tiket abis, So, kena apply cuti sehari. Rugi cuti aku -_-' 

Good night from Penang with full moon view. Salam.

January 13, 2013

GIFT FOR MAN

Assalamualaikum.

Selamat hujung minggu. Setelah beberapa kali cuba menyatakan akan aktif kembali, akhirnya...... Ada gak coretan kt sini. Huahua. Maaf, karut je lebih. Nothing much. Still maintain cm dulu. Sekarang ni tgh cuba rajinkan diri kembali utk exercise. Dh sbln jugak la tinggal. Skrg dh start terjun pool balik. N InsyaAllah, kejap lagi nk p jogging plak. Even tgh panas membahang je ni, kena paksa diri jugak.

Satu isu yg tgh aku fikirkan, gift for men. Selalu serabut kalau tiba bab ni. Tak tau nk bg apa for their special day. Susah sgt, bg wish je. Kihkih. Kena start fikir sbb nak kena sediakan bajet. Even xdela bajet tu kena besar. Biar bajet kecik, tp sentimental value tu besar. Ececeh.

Thn pertama, aku wat surprise celebrate birthday party utk SI DIA. Jemputan khas kwn2 SI DIA, yg SI DIA x jangka dorg akan dtg. The best celebration ever dgn bantuan kwn2 aku. Thanks korang! Belanja makan ikan bakar then nak p karok full house plak. End up mandi tepung birthday boy kite. Gitu! Best sgt! Sbb surprise menjadi walaupun nyaris kantoi dgn SI DIA. Haha.

Thn kedua, aku xde bajet. Kebetulan SI DIA ada isu dgn handphone dia. So, aku bg pinjam phone aku yg aku baru beli bbrp bln sblm tu. End up aku ckp amek je la, anggap hadiah birthday. Sweet tak? *sila muntah kaler biru*

Thn ketiga aku bg jam tgn. Nampak sgt SI DIA happy. Malu-malu konon. Haktuih! Haha. Sampai skrg ada g jam tu tp dh rosak -_- Tunggu nk p repair je.

Thn lepas, kami p shopping. SI DIA nak jeans. Then kami p cari la. Tak jumpa. Last2 aku bg duit, SI DIA p beli kt Alor Star. Itu lah hadiahnya. 

Thn ni? Entahlah. Tgh fikir la ni. Any suggestion from u guys? Teringin nk wat surprise cm dulu tp kena plan baik punya. Sbb SI DIA mesti dh dpt pengajaran dr kes sblm ni. Haha. Wallet? No, aku xnak. Baju dh byk sgt aku bg. Kasut pn dh pernah belikan. Tak kan nk belikan kereta plak. Baik aku beli utk diri aku sndri. Heh!

Masih difikirkan what's best for his birthday this year. Tp aku tau. The best gift ever for him is.... ME!!! tak gitu? ^_^
Cenggini aci? Hiks!

January 3, 2013

2013

Asaalamualaikum.

Happy New Year! May our life full with happiness, success and love. What's your resolution? Share with me. Mine? I have my own reso. One thing I can share, is to have a big amount in my bank account. Heh! ^_^

Btw, do take care. Move forward, no turning back. Look back for lesson, decide the best in present for your brighter future. Have a great year ahead! Spread love. <xoxo>
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.