April 8, 2011

DALAM HUBUNGAN

Salam kwn2 alam maya ku. Sihat kah? Dua tiga hari ni mendiamkan diri sejenak memandangkan otak kering dr idea bsh juga line internet ku bergerak laksana siput sedut masak lemak cili api yg korg suke makan tu..Aku? Erk? Maaf, aku mmg tak makan siput sedut. Keinginan nak mencuba pun x de lgsg. Geli! Hoi! Jgn la baling kasut plak. Sakit tau! Korg nak makan aku tak halang pun la. Masing2 kan ada selera masing2. Maen kasar ni!

Okay, straight to the point. Tiba2 mood nak jadi kaunselor percintaan tak bertauliah aka Dr Love. Ahaks! Mcm ada kelulusan je kan. Xde la. Ni just nak share pendapat aku je. Pe yg aku perhatikan dah mcm2 benda jd dalam percintaan. Nama pun manusia yg dijadikan dgn pelbagai ragam kan. Makanya, terhasillah pelbagai jenis tabiat dan perangai dlm satu perhubungan. Pe yg penting dlm sesuatu hubungan tu?

1) Kesefahaman
Camne korg nak phm psgn korg? Mula2 kenal xtau corak gaya mutu keunggulan hidup dia kan. Perangai busuk pun cover dgn yg wangi2 je. Bila first time gaduh rasa dunia tunggang terbalik dah. Tp lepas gaduh tu la kite leh tau rupanya cmtu perangai dia. Okay, kite belaja terima. Lepas dua tahun, si teruna mula bersuara "I xphm la U ni camne. I wat pe suma salah". Si gadis pulak mula buat muka sememeh "Camne I nak phm U. U ada pape suma simpan sendri, tak nak bgtau. Tau2 meletup je. Igt I leh baca fikiran org ke". Gaduh lagi. Ha kesimpulannya, gaduh la selalu. Hasilnya, korg akan lebih memahami psgn. TAPI! Nak menyetllekan ketidaksefahaman tu bia la dgn matang. Bukan gaduh tarik rambut or hentak kaki ngadu kat mak ayah. Ish!

2) Kepercayaan
Mak aku kata, dlm hubungan tak perlu letak kepercayaan 100%. Serius, mak aku yang kata k. Korg nak protes? Meh nak luku kepala tu! Cuba pikir. Tak payah cuba, kena gak pikir. Sebelum ni korg tak pernah kenal dia. Baru kenal sebulan dua dah bercinta. Kenal dua tahun pun lum tentu korg dah tau sepenuhnya ttg dia kan. Disebabkan kepercayaan terlalu tinggi tu la korg akan jatuh terbongkang bila tau korg kena tipu. Tu dia baru tipu ckp dia tido pdhal dia g kuar makan. Ha, klu dia tipu hal laen cmne? Kepercayaan mmg perlu ada, tp bia la berpada2. Lain la dia dah sah jd psgn seumur hidup kan. Ni baru gepren boypren dah percaya seratus dua ploh peratus. Junjung tinggi psgn tu cam dia sorg je laki/perempuan yg tinggal kat dunia ni. Ish!

3) Kesetiaan
Kesetiaan? Camne nak ukur tahap kesetiaan seseorg? Nak guna pembaris ke nak guna alat timbang gula tu? Kalau leh ukur dgn cara tu aku rasa semua org takut nak curang. Takut kantoi noks! Baca paper tak? Ada yang kata sbb isteri suami makan luar. Apakah? Okay, tak nak komen psl tu. Sbb pe nak curang? Kalau tak sudi katakan tak sudi. Kang tak pasal2 psgn ko tu g karok nyanyi lagu Siti Sarah 'Kesetiaan' smpai dua jam. Hal kesetiaan ni ada kaitan jugak dgn kepercayaan. Alasan nak curang? Sbb dah bosan dgn psgn, tak leh nak masuk dgn perangai psgn, saje suke2 nak curang. Pffftttttttt. Ish!

4) Korg pikir sendiri la! Ish!

Haha. Jgn marah ye. Aku tiba2 xde idea dah. Byk g kan sbnarnya. Korg pun tau. tp aku leh list tiga je? [Loser] Tp yng penting sekali jodoh tu mesti ada. Baru hubungan tu leh kekal smpai bile2. InsyaAllah, dgn izinNya. Byk2 kan doa dan tawakal ye. Aku pun masih belaja betulkan diri sendiri. Skru kepala hilang satu ari tu x jumpa g. Erk? Jaga diri kwn2!

2 comments:

Unknown said...

yang paling xley blah bila ckp nk tido tpi sbenarnye keluar.. T_T

whiteapple said...

Cima: ada tau org yg cmtu. Jgn xtau ye. Ni aku bgtau..huhu